Thursday, March 21, 2013

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013

Setiap calon PMR diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah sebagai satu daripada keperluan peperiksaan. Penilaian Kerja Kursus Sejarah dikendalikan oleh pihak sekolah dengan pemantauan pegawai dari Lembaga Peperiksaan (LP). Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Penilaian adalah berdasarkan elemen mengumpul fakta sejarah, merekod fakta sejarah serta penerapan unsur patriotisme. Pengukuran setiap elemen dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria penskoran yang telah ditetapkan bagi menentukan keselarasan penilaian.

PANDUAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013
SOALAN: 



TUGASAN 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan dengan satu kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia.



(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
(b) Tulis laporan kajian anda secara terperinci



TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.


PEMILIHAN TAJUK
PERINGATAN: Bukan produk yang menjadi perkara utama kajian, tetapi orang yang mengusahakan seperti pengusaha dodol, peniaga cendol, penternak ikan keli dss.


Susunan Folio Sejarah 21/2 2013

               1.     Muka hadapan
  2.     Elemen 1.0  - Mengumpul fakta Sejarah
               3.     Senarai semak Elemen 1
               4.     Sumber (4 sumber)
               5.     Elemen 2.0  - Merekod Fakta Sejarah
               6.     Senarai semak Elemen 2
               7.     Tajuk [ 1 halaman ]
               8.     Senarai kandungan
               9.     Penghargaan
              10.    Objektif Kajian
              11.    Kaedah Kajian
              12.    Hasil Kajian
              13.    Rumusan
              14.    Lampiran
              15.    Rujukan
              16.   Elemen 3.0 -  Penerapan Unsur Patriotisme
              17.    Senarai semak Elemen 3
              18.    Esei -



Contoh Penulisan PENGHARGAAN Kerja kursus







....Lihat catatan di atas kertas soalan di atas..CONTOH SAHAJA




ELEMENT 1: PANDUAN TEMURAMAH ORANG SUMBER

Arahan:
Sebelum berjumpa orang sumber, pastikan anda menyiapkan skrip soalan bagi memudahkan sesi temuramah dan pemerhatian.Skrip akan menjadi bahan bukti aktiviti mencari maklumat dan akan dilampirkan dalam folio. pastikan anda menulis dengan kemas.

CONTOH SKRIP ORANG SUMBER
Maklumat Asas:
1. Jenis Kegiatan Ekonomi Tradisional:Pengusaha Dodol
2. Nama :_____________         (pihak yang mengusahakan)
3. Umur: _______tahun
4. Alamat:____________________________ (lokasi tempat 
                                                                           kajian)
                     *lampirkan gambar lokasi @ peta boleh dapatkan   
                      melalui google map.

5. Apakah asal usul perniagaan Dodol Mak Munah?
   -----------------------------------------------------------------------------
Latar Belakang:
1. Boleh tak Mak Munah terangkan cara pembuatan cendol ni ?
_____________________________________________

2. Apakah peralatan yang Mak Munah gunakan?
____________________________________________

3.Berapakah kos menghasilkan dodol setiap hari ?
______________________________________________

4.Dimanakah Mak Munah menyediakan dodol ini?
________________________________________________
Sumbagan/Pengaruh
5. Adakah perusahaan dodol ini telah memberi perubahan besar kepada keluarga Mak Munah?
___________________________________________________
6. Adakah perusahaan dodol in menjadi pendapatan utama atau sampingan bagi keluarga Mak Munah?
___________________________________________________
7. Bagaiamanakah Mak Munah memenuhi permintaan pelanggan teruatamanya apabila permintaan tinggi?
___________________________________________________
8. Adakah perusahaan dodol ini memberi peluang pekerjaan kepada jiran-jiran berdekatan?
____________________________________________________
Prospek
9.Apakah cabaran yang dihadapi oleh Mak Munah dalam perusahan dodol ini ?
____________________________________________________
10. Adakah Mak Munah mendapat galakkan atau bantuan daripada mana-mana agensi kerajaaan?
____________________________________________________
11. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap produk dodol?
____________________________________________________
12. Apakah harapan diri Mak Munah sebagai pengusaha dodol dan  saranan Mak Munah  kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat?
___________________________________________________


Bina soalan tentang sumbangan/pengaruh kepada keluarga/masyarakat dan soalan tentang prospek

....... lihat catatan pada kertas soalan di atas...

BERTANYA LEBIH BANYAK SOALAN????? 


**** Tulis Tangan @ menaip ikut standard yang ditetapkan*****


ELEMENT 1: CONTOH KERATAN AKHBAR

Sumber: Buletin Mutiara, 16-31Mac 2013, Halaman 22

ELEMENT 1: CONTOH SUMBER INTERNET




Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dodol

CONTOH PENULISAN HASIL KAJIAN







PANDUAN ELEMENT 3 : ESEI
Anda boleh jadikan nilai-nilai dibawah sebagai rujukan dalam menulis pendapat anda . Anda diingatkan memilih 1 nilai bagi setiap isi nilai patriotisme. 

1.   Berbangga sebagai Rakyat Malaysia
      -  menghormati raja dan pemimpin negara
      -  menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
      -  menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera,lagu kebangsaan,dan jata negara)
      -  menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
      -  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
      -  berbangga dengan sejarah negara 

2.   Bersemangat Setia Negara
      -  cinta akan bangsa dan negara
      -  taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
      -  sedia berkorban untuk bangsa dan negara
      -  bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
      -  berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
      peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
      -  bersyukur sebagai warganegara Malaysia

3.    Bersemangat Kekitaan
       - bersatu padu dan berharmoni
       - bertolak ansur dan bertoleransi
       - bekerjasama dan tolong-menolong
       - hormat-menghormati
       - bersefahaman dan bermuafakat
       - muhibah atau semangat bermasyarakat

4.    Berdisiplin
       - berakhlak dan berbudi pekerti mulia
       - mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
       - mematuhi peraturan dan undang-undang
       - berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
       - bertindak wajar
       - bersifat amanah dan jujur
       - berlaku adil dan bertimbang rasa

5.    Berusaha dan Produktif
       - rajin dan gigih
       - berdikari
       - tabah menghadapi cabaran
       - menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
       - berganding bahu membangunkan negara
       - berilmu dan berketrampilan



 

PANDUAN RUMUSAN 
•       Calon menyatakan dan menghuraikan 3 unsur patriotisme berkaitan dengan tajuk / iktibar kepada :
 •       Diri
•       Bangsa
•       Negara
 •       Calon tidak mestinya menghuraikan ketiga-tiga pihak.



PANDUAN LAMPIRAN  

•       Calon memasukkan mana – mana 3 kategori bahan lampiran dan menulis kapsyen yang berkaitan. Contohnya :
 •       Gambar •       Peta •       Dokumen •       Bahan lain yang sesuai
      PENTING
 •       Bahan lampiran mestilah yang berbeza bukan daripada kategori yang sama.


CONTOH RUJUKAN


1) Akhbar
     (a) Harian Metro, 20 Mac 2011, halaman 18.

2)  Majalah 
      (a) Majalah  Seruan Tani, Jun 2012,    
            halaman  14 dan 15,  Jabatan Pertanian,
            Pulau Pinang.

3)   Orang Sumber
        (a) Encik Ahmad bin Awang, 63 tahun,
              No 20, Kampung Sungai Lokan,
              Seberang Perai Utara.

4)  Internet
        (a)  http://www.astech.com.my/ekonomi
               tradisional.html
        (b)  http://.wordpress.com/ penanaman padi
              
 SELAMAT BERJAYA.. 
HASIL KARYA SENDIRI LEBIH BAIK SUPAYA KESAN KAJIAN DAPAT DIINGATI DAN TERKESAN DALAM JIWA ANDA...

mulai 2013 SEJARAH SPM : SYARAT WAJIB LULUS