Saturday, December 29, 2012

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN 1 PINTAR MEMAHAMI ISTILAH-ISTILAH DALAM SUBJEK GEOGRAFI FIZIKAL


LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


 DISEDIAKAN OLEH:
Mohd Zaki Bin Said            (L20092003758)
Noor Shamila Binti Khadir (L20092003785)

UNTUK
KPR5063 (DPLI)

 PM DATO’ DR. ABDUL RAHMAN BIN DAUD
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
2009/2010

 PENGHARGAAN

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan Taufik dan InayahNya, dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, sekalung penghargaan ditujukan buat Pengetua sekolah, iaitu Tuan Haji Ibrahim bin Ismail yang telah banyak memberi sokongan dalam menyiapkan laporan bagi pelajar Tingkatan 1 Cergas dalam memberi kefahaman tentang istilah-istilah dalam subjek geografi fizikal.

Ribuan terima kasih juga kepada Puan Salbiah binti Hassan selaku ketua panitia mata pelajaran Georafi yang memberi tunjuk ajar, panduan serta maklumat berkaitan dengan para pelajar dan kajian terdahulu. Penghargaan turut ditujukan kepada barisan guru geografi yang lain seperti Puan Halimah binti Saad, Puan Normah binti Husen, En. Mohamad Saad bin Saari, dan Cik Amanina binti Ahmad Sabri yang turut memberi sokongan padu kepada saya dalam menyediakan laporan ini.

Tidak dilupakan kepada guru-guru lain yang banyak memberi kata-kata semangat dalam meneruskan penyediaan laporan ini. Selain itu, penghargaan ditujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang turut memberi kata-kata semangat. Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan laporan saya kali ini. Semoga Allah yang dapat membalas segala pengorbanan kalian yang banyak membantu saya dalam menyediakan laporan kali ini. Akhir kalam, terima kasih atas segala-galanya.


ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami istilah-istilah dalam Geografi Fizikal. Kumpulan sasaran saya ialah 35 orang pelajar tingkatan 1 Pintar. Kajian ini tertumpu kepada Istilah-istilah dalam geografi fizikal yang amat penting terutama dalam peperiksaan. Jika pelajar tidak memahami dengan betul, pelajar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan geografi fizikal sekali gus sukar untuk mendapat markah yang tinggi. Hal ini bertambah teruk apabila mereka berada di tingkatan 2 dan bakal mengambil PMR di tingkatan 3.Tinjauan awal menunjukkan 80 peratus pelajar ke dua-dua kelas tersebut gagal menggunkan istilah Geogarfi dengan betul. Terdapat juga 75 peratus mengatakan tidak faham istilah tersebut semasa temubual rawak dijalankan. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengambil beberapa langkah yang telah dilakukan sebelum ini iaitu Teknik HAFIN 5 yang menggunakan kaedah Mnemonik. Saya turut memperkenalkan kaedah pembelajaran iaitu JOM JALAN-JALAN, yang dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang istilah-istilah geografi fizikal. Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman malahan pelajar tidak jemu dengan proses P&P yang dijalankan bagi mata pelajaran ini. Keputusan ujian pra dan ujian akhir menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran geografi terutama geografi fizikal dengan tiada seorang pelajara yang mendapat gred D dan E. Manakala pencapaian dalam gred B sangat memberangsangkan dengan peningkatan sekali ganda berbanding ujian pra. Hal demikian menunjukkan kaedah ini amat tepat dalam meningkatkan pencapai pelajar dalam matapelajaran Geografi Fizikal.

  
ISI KANDUNGAN

Perkara                                                                                                           Muka Surat
PENGHARGAAN                                                                                                       ii
ABSTRAK                                                                                                                   iii
ISI KANDUNGAN                                                                                                      v
1.0       Refleksi P&P Yang Lalu                                                                                 1
2.0       Isu Keperihatinan                                                                                            3
3.0       Objektif Kajian                                                                                                            3
4.0       Kumpulan Sasaran                                                                                         4
5.0       Perlaksanaan Kajian                                                                                       5
            5.1       Tinjauan Masalah                                                                                5
            5.2       Analisis Tinjauan Masalah                                                                  5
            5.3       Perlaksanaan Tindakan                                                                      8
                        5.3.1    Teknik HAFIN5                                                                       8
                        5.3.2    Jom jalan-jalan di kawasan sekolah                                       9
                        5.3.3    Jom jalan-jalan (kajian lapangan)                                           10
            5.4       Refleksi Kajian                                                                                    11
                        5.4.1    Penilaian keseluruhan pencapaian murid                               11
            5.5       Rumusan                                                                                            12
6.0       Cadangan Kajian Seterusnya                                                                         13

BIBLIOGRAFI                                                                                                             13
                                                           
1.0          REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Ketika saya menyemak ujian kertas Geografi yang lalu, saya dapati ramai pelajar tingkatan 1 masih tidak faham dengan kebanyakan istilah dalam subjek Geografi Fizikal. Keadaan ini sama apabila saya membuat pemerhatian semasa saya mengajar pelajar tingkatan 1 Pintar dan 1 Bijak , SMK Bintara, saya ada bertanyakan beberapa soalan mengenai istilah-istilah dalam geografi fizikal dan saya mendapati pelajar tidak dapat menjawabnya dengan baik. Tahap pencapaian para pelajar semakin lemah apabila tidak dapat kuasai istilah-istilah ini. Hanya 25% daripada 59 orang pelajar yang faham tentang istilah-istilah ini dan selebihnya tidak faham dan tidak tahu langsung mengenai istilah-istilah ini. Pernah saya bertanyakan soalan apa yang membuatkan mereka tidak faham? Kebanyakan mereka menjawab mereka sukar mengingat istilah-istilah yang sukar dan jarang didengar oleh para pelajar. Mereka lebih berminat jika istilah-istilah tersebut diterapkan dalam kehidupan seharian.

Mengapa para pelajar masih tidak faham mengenai istilah-istilah dalam geografi fizikal? Perlukah saya menyediakan kamus istilah bagi pelajar yang masih tidak faham dan tidak tahu mengenai istilah-istilah dalam geografi fizikal? Adakah pengajaran yang saya lakukan selama ini kurang menekankan istilah-istilah tersebut? Bagaimana saya ingin memahamkan para pelajar dengan istilah yang sukar untuk difahami? Saya turut mengadakan perbincangan dengan guru geografi yang lain, namun mereka mengatakan bahawa para pelajar bukan tidak faham istilah berkenaan, tetapi mereka ingin guru sendiri yang menerangkan kepada mereka walaupun istilah-istilah berkenaan telah diterangkan dengan jelas di dalam pembelajaran. Tambahan pula, pelajar sememangnya kurang mantap berkenaan aspek asas istilah geografi. Pelajar juga kurang membuat rujukan dan tidak memberi tumpuan yang serius di dalam kelas. Walau bagaimanapun, saya perlu melakukan sesuatu dalam memahamkan para pelajar dengan istilah-istilah dalam subjek geografi fizikal ini. 

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan termasuklah kaedah pembelajaran yang dinasihatkan oleh ketua panitia geografi bagi memahamkan para pelajar tentang istilah-istilah berkenaan. Namun begitu, kaedah itu masih belum berkesan walaupun telah berkali-kali saya mencubanya. Pada pendapat saya, para pelajar yang tidak faham dengan istilah ini adalah disebabkan penjelasan yang kurang terperinci berkenaan istilah-istilah tersebut. Tambahan pula tiada contoh lain yang pelajar dapat faham berkaitan dengan istilah tersebut. Selain itu, kemungkinan besar para pelajar kurang diberi penekanan terhadap istilah-istilah geografi fizikal menyebabkan mereka tidak faham. Kelemahan-kelemahan ini yang menyebabkan pelajar tidak faham dengan pembelajaran geografi fizikal. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, saya telah merancang beberapa cadangan tindakan iaitu memperkenalkan teknik HAFIN 5, iaitu mengingat dan menghafal 5 istilah geografi fizikal. Cadangan tindakan yang lain ialah JOM JALAN-JALAN 1 & 2, di mana pelajar dapat mengenalpasti istilah dengan persekitaran. Dengan kaedah ini, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan istilah-istilah geografi fizikal. Kaedah ini berkesan bagi para pelajar dengan peningkatan dalam peperiksaan PMR di sekolah beliau. Saya juga perlu atasi kelemahan ini dengan kadar segera supaya para pelajar dalam memahami istilah dalam subjek geografi fizikal sekali gus dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Tambahan pula jika saya tidak mengambil tindakan dengan cepat, kemungkinan besar prestasi pelajar khususnya dalam memahami istilah dan subjek geografi fizikal secara amnya.

2.0          ISU KEPERIHATINAN

Kajian yang dijalankan ini lebih tertumpu pada mengingat dan memahami istilah-istilah dalam Geografi Fizikal. Masalah utama pelajar berkenaan istilah-istilah dalam geografi fizikal ialah pelajar tidak memahami istilah berkenaan. Antara penyebab utama pelajar tidak faham ialah pelajar kurang menggunakan istilah ini di samping ejaannya sukar diingati. Para pelajar gagal mengingat istilah-istilah seperti “longitud”, “ latitud”, “bearing”, “kontur”, “Lagun”, “Teluk” dan sebagainya.

Kajian ini sangat penting bagi pelajar tingkatan satu dalam memahami istilah berkenaan dengan menggunakan kaedah HAFIN 5 dan pembelajaran di luar kelas supaya pelajar lebih faham. Dengan kaedah ini, pelajar bukan sahaja lebih faham dan ingat istilah tersebut, malahan pelajar tidak akan bosan dengan kaedah seperti ini.


3.0       OBJEKTIF KAJIAN

3.1       Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Geografi dalam memahami istilah-istilah yang terdapat dalam Geografi fizikal bagi tingkatan 1 Pintar dan 1 Bijak.

3.2        Objektif Khusus
·                     Meningkatkan bilangan istilah-istilah yang diketahui dan difahami pelajar seterusnya dapat disimpan dalam memori dengan lebih lama.
·                     Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Geografi.
·                     Meningkatkan peratusan kelulusan pelajar dalam matapelajaran Geografi.
·                     Meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Geografi.

4.0       KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 59 orang pelajar di kelas Tingkatan 1 Pintar dan 1 Bijak yang mempunyai pencapaian sederhana dalam pembelajarannya. Pelajar yang telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam memahami istilah-istilah yang digunakan dalam mata pelajaran Geografi Fizikal seperti “longitud”, “ latitud”, “bearing”, “kontur”, “Lagun”, “Teluk” dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pelajar tidak berminat terhadap mata pelajaran Geografi sekaligus telah menyebabkan peratusan kelulusan dalam mata pelajaran ini merosot.

 5.0       PELAKSANAAN KAJIAN

5.1          Tinjauan Masalah

Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah dan Tarikh
Cara Penilaian
Kumpulan Sasaran
Tujuan
Langkah 1
11.5.2009
Memeriksa Buku Tulis
59 orang pelajar
Mengenalpasti apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh pelajar.
Langkah 2
15.5.209
Ujian Pra
59 orang pelajar
Saya menjalankan ujian pra iaitu berkenaan perkataan yang mudah berkaitan dengan istilah-istilah geografi fizikal.
Langkah 3

18.5.2009
Temubual
1.    59 orang pelajar
2.    Pemerhatian penyelidik
Temubual dijalankan secara rawak seramai 15 orang pelajar bagi mengenapasti masalah yang dihadapi.

5.2          Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah
Langkah dan Tarikh
Cara Penilaian
Kumpulan Sasaran
Masalah Yang Dikenalpasti
Langkah 1
11.5.2009
Memeriksa Buku Tulis
59 orang pelajar
80 peratus pelajar melakukan banyak kesalahan dalam penggunaan istilah.
Soalan objektif tidak dapat dijawab dengan tepat.
Langkah 2
15.5.209
Ujian Pra
59 orang pelajar
Pencapai mereka sangat lemah seperti graf analisis pada Rajah 1.0
Langkah 3

18.5.2009
Temubual
3.    15orang pelajar terpilih
4.    Pemerhatian penyelidik
a)    Setelah temubual dijalankan, saya mendapati seramai 5 orang daripada 15 pelajar yang berminat dengan mata pelajaran Geografi manakala selebihnya tidak berminat dan bosan dengan mata pelajaran ini.
b)    Kurang membuat latih tubi berkenaan istilah geografi fizikal di sekolah ataupun di rumah.
c)    Tidak pernah digunakan di rumah dan istilah yang digunakan di rumah tidak sama yang digunakan di dalam pengajaran.
Langka 5
21.5.2009
Pemerhatian
Penyelidik
Pemerhatian dilakukan sendiri oleh penyelidik untuk mengenalpasti masalah, iaitu dari segi:
a)    Sikap pelajar – tidak mengendahkan pengajaran guru terutama dalam mata pelajaran geografi.
b)    Penglibatan pelajar – sebelum kajian dijalankan pelajar lebih bersifat pasif dan diam apabila bertanyakan soalan.


Analisis ujian pra dan ujian pencapaian

Ujian dilakukan kepada responden yang dipilih iaitu pelajar tingkatan satu bagi mengenalpasti peratusan ketidak fahaman pelajar tentang penggunaan istilah-istilah dalam geografi dan membuat perbandingan sebelum dan selepas perlaksanaan program.
Segala kaedah yang telah dijalankan dikenalpasti keberkesanannya melalui ujian pra dan ujian akhir tahun. Peningkatan yang ketara dalam peperiksaan akhir berbanding dengan ujian pra. Gred A daripada 3 orang menjadi 4 orang. Gred B daripada 20 orang meningkat sekali ganda menjadi 50 orang dan gred C daripada 21 orang telah berkurangan menjadi 5 orang sahaja. Sementara itu, tiada pelajar yang mendapat gred D dan E dalam peperiksaan pertengahan tahun dalam kedua-dua kelas tersebut. Kesimpulannya, mereka lulus 100% dalam peperiksaan tersebut. Saya bangga dengan pencapaian pelajar saya.

             Ujian Pra                                Peperiksaan Akhir
  Rajah 1.0: Analisis Pencapaian Responden Dalam Ujian Pra dan Peperiksaan Akhir

  
5.3       PERLAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan di jalankan mengikut jadual yang di tetapkan bagi menilai keberkesanan kaedah-kaedah yang di cadangkan seperti berikut:-

5.3.1    Teknik HAFIN5

Teknik HAFIN5, iaitu hafalan dan ingat kembali istilah, fakta-fakta penting dan konsep geografi  berdasarkan teori Mnemonik atau Neumonik. Dalam kaedah ini dihadkan untuk 5 istilah atau 5 fakta   penting sahaja.  Kaedah ini berasaskan untuk memahirkan pelajar dengan istilah dan menggunakan laras bahasa Geografi yang betul.

Teknik ini dilaksanakan sepanjang masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini mengambil masa lima minit setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang p&p berlangsung soalan akan dikemukakan kepada pelajar secara rawak dengan menggunakan teknik latih tubi Mnemonik yang dinamakan HAFIN5. Kemudian Menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk yang mudah ingat dengan menggunakan kreativiti sendiri dan daya imiginasi untuk dikaitkan dengan fakta-fakta yang ingin diingati.

Pelaksanaan teknik HAFIN 5:
a.    UTARA TIMUR SELATAN BARAT menjadi ULAM TIMUN SAMBAL BELACAN.
b.    UTARA MAGNET JARUM KOMPAS menjadi UNTUK MAMI JARUM KOMTAR.
         
  1. Pemerhatian
Pada waktu sesi kelas berlangsung, murid-murid pada mulanya kelihatan terdiam melihat saya menerangkan cara menjalankan kaedah kaedah HAFIN5 ini. Semasa saya memberi contoh Ulam Timun Sambal Belacan untuk mengingati arah Utara Selatan Timur Barat, mereka ketawa beramai-ramai. Saya meminta pelajar untuk menggunakan kaedah ini pada istilah lain dan meminta mereka menggunakan cara sendiri untuk membentuk ayat supaya mudah ingat.

Pelbagai bentuk ayat telah di reka oleh pelajar. Tetapi untuk pelajar yang tidak dapat membuat ayat mudah tersebut, saya meminta pelajar tersebut meniru pelajar lain dan menghafalnya. Saya, bertanya pelajar tentang istilah-istilah yang telah di hafal pelajar setiap kali waktu kelas berlangsung. Saya mendapati 70 peratus pelajar dapat menjawab soalan-solan yang saya kemukakan.

  1. Refleksi
Sepanjang sesi HAFIN5 berlangsung, para pelajar begitu teruja dan tertunggu-tunggu sesi tersebut setiap kali waktu kelas. Tetapi sepajang sesi berlangung terdapat juga pelajar yang mempunyai tahap ingatan yang lemah dah harus di bantu dan diberikan masa untuk memahirkan diri dengan kaedah tersebut. Saya memberi tumpun lebih kepada pelajar tersebut dengan menguji tahap kefahaman mereka dengan bertanyakan soalan tentang istilah-istilah yeng mereka telah hafal.


5.3.2    Jom jalan-jalan di kawasan sekolah

Keadaan persekitaran di sekolah dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Hal demikian kerana pelajaran Geografi bekait rapat dengan persekitaran. Dalam kaedah jalan-jalan dikawasan sekolah ini peruntukkan masa waktu belajar harian akan digunakan sebagai suatu medium untuk menarik minat pelajar menghubungkaitkan konsep geografi dengan persekitaran. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti melukis peta kawasan sekolah, mengenal pasti jenis-jenis batu-batan yang wujud di sekolah, jenis tanah-tanih, penggunaan kompas dan sebagianya.

Dalam kaedah ini 15 minit akan digunakan untuk mendapatkan data tentang ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya yang ada di kawasan. Selain itu, 15 minit pelajar ke pusat sumber sekolah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Selepas kajian dijalankan, 15 minit para pelajar diberikan masa untuk menulis laporan dan 15 minit terakhir untuk membuat persembahan kumpulan mereka dalam kelas.
          

  1. Pemerhatian
Pada mulanya, pelajar kelihatan beria-ria untuk membuat kajian lapangan bersama-sama kawan kumpulan mereka. Walaubagimanapun, mereka kelihatan kerab bertanya apabila mereka tidak ingat istilah-istilah yang sepatutnya digunakan dalam mebuat tugasan. Mereka betanya saya ”Cikgu? Apa maksud perkatan ini? Bagaimana nak guna” Terlalu banyak soalan yang di tanya pelajar menunjukkan mereka tidak dapat menggunakan apa yang mereka belajar dalam kelas utuk digunkan dalam aktiviti ini. Saya memeinta mereka merujuk buku teks dan berbincang dengan ahli kumpulan mereka.

Semasa sesi pembentangan, saya agak terkejut 60% daripada persembahan hasil kerja mereka menggunakan istilah yang betul penggunaanya. Selepas beberapa kali di jalankan aktiviti ini, saya dapati mereka gabungan teknik HAFIN5 juga digunakan semasa menyiapkan tugasan ini. Selain itu, semasa sesi pembentangan saya meminta pelajar yang lemah menerangkan tentang hasil kerja mereka. Hasilnya, mereka dapat menerangkan dengan tepat selain di bantu oleh pelajar-pelajar lain dalam kumpulan masing-masing.

Saya memberikan hadiah kepada pemenang terbaik. Mereka sangat seronok dan bertanyakan saya ”Bila lagi cikgu nak buat aktiviti ni lagi”. Hasil kerja mereka saya pamerkan di belakang kelas bagi menghargai hasil kerja mereka. Hal demikian kerana secara tidak lansung mereka dapat melihat semula hasil kerja tersebut dan hasil kerja kawan-kawan yang lain dan belajar dari kesilapan mereka yang lepas.

  1. Refleksi
Selepas aktiviti ini tamat, saya melihat para pelajar sangat gembira degan hasil kerja mereka. Saya terfikir, meta pelajar Geografi ini lebih sesuai di jalankan aktiviti luar kelas bukan hanya mengajar di dalam bilik darjah dan menggunakan buku teks  semata-mata. Saya, akan meneruskan keadah ini lagi pada masa akan datang.




5.3.3    Jom jalan-jalan (kajian lapangan di luar waktu persekolahan)

Kajian lapangan di luar waktu persekolahan adalah aktiviti yang menarik sekiranya perancangan teliti di sediakan terutamanya tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berkait rapat dengan istilah geografi seperti teluk, banjaran, pergunungan, beting, jenis-jenis batu-batan, bayu laut, bayu darat dan sebagainya.

Pada hujung minggu atau pun cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk dijalankan kajian luar sambil melawat tempat-tenpat yang mempunyai kaitan dengan situasi pembelajaran. Kajian ini akan dijalankan bersama-sama ahli kumpulan yang telah ditentapkan.

Selepas kajian lapangan tersebut selesai, para pelajar diminta untuk menyediakan laporan dan pembentangan akan diminta untuk dipersembahkan sewaktu berada di lapangan dan di bilik darjah dalam bentuk pembentangan kumpulan, forum, bahas ala parlimen, ceramah, sesi dialog dan sebagainya.
          
  1. Pemerhatian
Semasa kajian lapangan dijalanka di sebuah kawasan pantai, saya dapati pelajar dapat mengkaji bentuk muka bumi dengan baik. Tambahan pula kajian ini dijalankan pada hujung tahun. Jadi, banyak perkara telah dipelajar di dalam bilik darjah dan aktiviti luar bilik darjah. Keseluruhannya 80 pertaus pelajar dapat menjalankan tugasan ini dengan baik dan penggunaan istilah yang betul.

  1. Refleksi
Saya melihat para pelajar begitu seronok walaupun aktiviti lawatan mereka itu diisi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran. Kebanyakan para pelajar menunjukkan tindakbalas yang baik melalui jawapan yang di kemukan semasa sesi soal jawab pembentangan.




5.4       Refleksi Kajian

Keseluruhan kaedah kajian yang telah dilaksanakan di buat rumusan berdasarkan keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang istilah-istilah dalam Geografi Fizikal.
5.4.1    Penilaian  Keseluruhan Pencapaian Murid

Penilaian terhadap pencapai murid diukur melalui aspek prestasi, pemerhatian di dalam bilik darjah dan semasa P&P berlansung.

              i.        Penilaian Prestasi Pelajar

Keseluruhannya, pelajar mendapat input baru melalui pendekatan baru ini dan didapati mereka berasa sangat seronok belajar geografi di kawasan kajian berbanding kaedah konvensional yang belajar hanya dalam bilik darjah sahaja. Para pelajar ddiadapati dapat menggunakan istilah yang betul peggunanya semasa aktiviti dijalankan di luar bilik darjah

             ii.        Pemerhatian Terhadap Pelajar

Berdasarkan pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar menjadi lebih teliti dalam menggunakan istilah yang sesuai. Para pelajar lebih yakin dan berlumba-lumba bersaing sesama mereka untuk menbentangkan hasil kerja mereka terbaik. Pelajar telah berani menyoal dan mengemukakan soalan atau kemusykilan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas mahupun di kawasan kajian.

            iii.        Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Program dapat dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti dan teknik yang menyeronokkan dan mencambah minda pelajar hasil intergrasi kaedah JOM JALAN-JALAN  dan teknik HAFIN 5. Pelajar kelihatan seronok belajar secara berkumpulan sekali gus dapat membina semangat bekerjasama, setia kawan, hormat menghormati dalam kumpulan mereka. Di samping itu juga pelajar berjaya diterapkan dengan semangat ingin maju, aktif dan berdaya saing dalam mata pelajaran Geografi.


5.5       Rumusan

Kaedah ini pada mulanya bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang istilah-istilah dalam Geografi fizikal. Walaubagaimanapun, melalui perlaksanaan kaedah ini persepsi pelajar tentang subjek Geografi ini sudah berubah. Mata pelajaran geografi yang dianggap susah dan membosankan oleh kebanyakan pelajar telah dapat dikikis melalui kaedah yang dipelbagaikan. Justeru, dapatan kajian saya menunjukkan para pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap geografi dan menjadikan pelajar maju dan dinamik. Hal demikian terbukti dengan peningkatan prestasi yang sangat baik dikalangan pelajar pada peperiksaan akhir tahun.

6.0     CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya akan meneruskan kaedah teknik HAFIN 5 dan JOM JALAN-JALAN untuk semua tingkatan yang saya ajar supaya mereka mendapat pendedahan dan pengalaman berada di kawasan kajian yang sebenar. Saya akan meneruskan kaedah dalam tema-tema lain Geografi dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran Geografi lebih seronok dan mencabar minda mereka. Disamping itu, saya juga mencadangkan teknik HAFIN 5 dan kaedah JOM JALAN-JALAN dijalankan dalam mata pelajaran lain untuk memberi peluang kepada para pelajar supaya belajar meneroka alam semula jadi dan menghubungkaitkan dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia serta melihat sendiri isu-isu berkaitan dengan subjek lain secara realistik.


BIBLIOGRAFI

Nachiapan.S., Ramlan.J dan Abdul Aziz, A.S. 2008. Psikologi Pendidikan. Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriani. B. 2006. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Melakar dan Mentafsir Peta Geografi dalam Kalangan 3 Utarid dan 3 Zuhrah Melalui kaedah Jom jalan-jalan. SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River.