Tuesday, June 24, 2014

PT3 2014 GEOGRAFI (23)

TERKINI: PT3 Geografi (1 Julai - 18 Julai 2014)

PANDUAN.......

Cara melaksanakan KAJIAN KES tentang kejadian /isu pencemaran alam sekitar (air,udara,bau,tanih) yang berlaku disekitar tempat tinggal /kawasan sekolah calon.


* Panduan ini telah ditandakan markah berdasarkan tanda (F) untuk fakta (H) huraian, (C) contoh, (TR) tidak relevan dan markah..


*********************************************************************************
PILIH TAJUK APA ?????

Kaji dahulu kawasan kajian anda ?
 Kawasan rumah atau sekitar sekolah????
 Boleh dapat data tak ?? 
ada tak pencemaran berlaku???

Fahamkan jenis-jenis pencemaran:

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan,  haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.         




1.0 PERANCANGAN 

JADUAL KERJA
Jadual kerja disediakan. Namun PENGAGIHAN KERJA terpulang kepada calon samada berkumpulan atau individu dan dinyatakan pada ruangan CATATAN/AGIHAN TUGAS supaya pentaksir faham anda menyiapkan kajian ini secara berkumpulan atau individu.


OBJEKTIF KAJIAN DAN KAEDAH

Calon BEBAS untuk menyatakan objektif dan kaedah seperti dalam bentuk carta alir atau peta minda, TETAPI, pastikan di TULIS dengan menggunakan ayat lengkap dan TATABAHASA yang betul.

******* ayat objektif.; Kajian ini diharapkan dapat.................
***** gunakan kata kerja MENGHURAIKAN....... MENYATAKAN ......, MENGENALPASTI....
                                        4 OBJEKTIF ......lihat laporan akhir (apa kehendak soalan)


KAEDAH KAJIAN
Banyak kaedah lagi boleh dinyatakan.... RUJUKAN yang betul hendaklah ditulis dengan TEPAT dan dilampirkan

AWAS: Pastikan perancangan lengkap, tepat dan realistik dan mempamerkan sikap BERSUNGGUH-SUNGGUH

Peringatan:  Pastikan calon pilih kaedah yang sesuai dengan tempat kajian supaya calon dapat mencari PUNCA/KESAN pencemaran dan ada dapatan kajian berbentuk DATA atau maklumat yang tepat. Data dapat menghasilkan GRAFIK untuk bahagian proses akhir.

Pentaksir akan lihat bukti yang menunjukkan calon menggunakan kaedah tersebut. LAMPIRKAN. dan Calon hendaklah menulis dengan jelas seperti .......

**** Berdasarkan pemerhatian/soal selidik/data///// saya......


2.0 PROSES AWAL (20 MARKAH)

AWAS: pastikan maklumat relevan dan asli

Mengumpul maklumat
Calon hendaklah mendapatkan sebanyak mungkin info dan maklumat kawasan kajian supaya calon dapat kaitkan maklumat kawasana kajian tersebut semasa menulis laporan akhir.

 CONTOH

Soal Selidik: mesti melebihi 10 responden (lebih banyak, lebih tepat). Bina soalan berdasarkan objektif kajian:

Apa yang calon nak tahu?
Apakah punca?
apakah kesan?
apakah langkah? @ dapatkan dari sumber lain

Temubual: 
Catatkan pada kertas kosong atau soalan telah dirangka awal, catat sahaja dan lampirkan dan tak perlu bertaip. (BEBAS)

* Bahan-bahan lain pastikan terdapat rujukan.


3.0 PROSES AKHIR (70 markah)

KONSEP (5 markah)
Nyatakan definisi kajian
khusus (spesifik) ...... mesti diberikan huraian dan contoh. Boleh dilekatkan gambar kawasan kajian dan labelkan 

PUNCA (15 markah)
Calon memberikan punca, menghuraikan dengan jelas, teratur,kritis dan asli.


Tuliskan isi ... sekiranya ada SATU sahaja punca dan pentaksir tahu ada satu sahaja, maka cukup untuk bahagian ini diberikan 1fakta, 1huraian dan 1contoh. 

sekiranya lebih dari SATU, calon hendaklah menyatakan.... 

PASTIKAN: huraian RELEVAN dengan objektif kajian.


Cara Menulis:
-fakta-huraian-contoh-
Berdasarkan pemerhatian saya..............punca pencemaran bau di kawasan kajian saya di Kampung Batu disebabkan oleh.............
@
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan..............punca pencemaran bau di kawasan kajiansaya di Kampung Batu disebabkan oleh.............

Hasil kajian saya didapati......





KESAN  (20 markah)

Melalui kaedah pemerhatian saya terhadap Kampung Batu.... kesan pencemaran bau ialah............ 

Saya mendapati........
-fakta-huraian-contoh-


Grafik dilukiskan (10 markah) 
Boleh dalam bentuk graf bar/garis/ carta pie/ peta minda dan lain-lain

Hendaklah TERSUSUN,BETUL,LENGJKAP dan KRITIS




LANGKAH  (20 markah)
Berikan cadangan relevan, idea KREATIF dan KRITIS dan TEPAT
Pastikan bukan ARAHAN tetapi cadangan

Berikan lebih daripada 1 isi/fakta
Saya mencadangkan ...........
Masyarakat hendaklah .....
........................................(merujuk kepada kawasan kajian)

-fakta-huraian-contoh-


********************************
Panduan ini sekadar CONTOH sahaja berdasarkan skrip calon sekolah rintis. Calon boleh jadikan ini sebagai panduan untuk menyiapkan PT3 berdasarkan kawasan setempat calon dengan ISI yang TERATUR, TEPAT dan ASLI
TQ