Sunday, June 2, 2019

Panduan perlaksanaan PT3 2019






























TUGASAN  PT3 2019
PANITIA GEOGRAFI SMK MENGKUANG

Tajuk:

Kajian lapangan tentang pengangkutan dan kesan kepada manusia serta alam sekitar di kawasan tempat tinggal anda

Perincian Tugasan:

Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan bahan berbentuk grafik selain penulisan berbentuk pelaporan di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda.

Kajian tersebut merangkumi perkara berikut:

      i.        Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian anda
     ii.        Melukis dan mentafsir hasil dapatan kajian
    iii.        Menghuraikan kesan pengangkutan
   iv.        Cadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan



PANDUAN PERLAKSANAAN PT3 GEOGRAFI 2019

Bil
Perkara
Huraian
Panduan Pelajar
1
Perancangan
ü  Jadual Kerja
ü  Objektif Kajian
ü  Penentuan Kaedah Kajian
Perancangan LENGKAP, TEPAT, REALISTIK
§  Tajuk: Kajian tentang pengangkutan dan kesan kepada manusia serta alam sekitar di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
§  Terangkan dengan lengkap jadual kerja
§  4 objektif yang mempunyai kata kerja (menghuraikan, mencari, mengenalpasti dll.)


§  3 kaedah (huraikan bagaimana kaedah tersebut) (kaedah realistic)


2
Proses Awal
Mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber:
ü  Temubual/ pemerhatian/rujukan
ü  Draf peta lakar
ü  Kesan
ü  Cadangan
KAEDAH RELEVAN,
MENYATAKAN SUMBER
Data maklumat RELEVAN, ASLI

§  Minimum 3  kaedah
§  Minimum 3 bahan setiap kaedah
§  Soal selidik ( nama, alamat, solan mudah dan pilihan jawapan)
§  Bukti dilampirkan (BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN SAHAJA)
§  Pemerhatian (letak gambar) atau catatan
3(a)
Latar belakang ciri fizikal dan budaya
Jelaskan dengan TEPAT
§  Hurai ciri-ciri fizikal dan budaya merujuk kepada peta topo
§  Mesti ada: kawasan mana? Kg apa? negeri ? bentuk muka bumi? Pola? Menulis merujuk kepada guna tanah…..



3(b)
(i) Bahan grafik
Dibina BETUL< RELEVAN< LENGKAP


§  Graf/carta
(ii) Tafsiran
LENGKAP. TEPAT, RELEVAN

§  Hubungkait CF dan CB
§  Fokus kepada tafsiran gunan tanah (cara menulis ayat)


3(c)
Faktor

Abaikan
Abaikan
3(d)
Kesan
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
Hurai dengan TERPERINCI, JELAS, TERATUR, ASLI
§  Kesan Kepada Alam Sekitar dan manusia
§  Tanih, Udara, Air, Hutan, Haiwan/ Hidupan Liar (TUAHH)
§  Ditulis dengan jelas , mendalam
§  Kesan di kawasan kajian , terangkan dengan merujuk kawasan kajian
§  Pernah berlaku
§  Sedang berlaku
§  Dijangka berlaku
§  Cth: …………….
3 (e)
Cadangan
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
Cadangan  KRITIS, TEPAT, RELEVAN
§  1 kesan : 1 Cadangan atau lebih
§  3 kesan : 3 cadangan
§  Cadangan yang menyelesaikan kesan yang ditulis di 3(d)
§  Cth: …….


4
Pembentangan Laporan Kajian
Tunjukkan KEFAHAMAN YANG MENDALAM, KEMAHIRAN terhadap kajian
MAMPU MENJANGKAUI TUGASAN
§  Pelbagai media spt. Carta, model, kertas mahjung, power point (gambar, video, animasi)
§  3-4 minit
§  Bentangkan Keseluruhan kajian dan dapatan kajian


5
Penilaian Umum
Kemas, Tersusun,
 Bahasa gramatis

           



Sumber Rujukan

a) Sumber rujukan boleh didapati daripada:
i. Penyelidikan perpustakaan

(Buku, majalah, jurnal dan sebagainya).
ii. Pelbagai media elektronik.
iii. Agensi kerajaan.
iv. Agensi swasta.
v. Orang sumber.

b) Sumber rujukan yang digunakan hendaklah berkaitan dengan aspek kerja lapangan.
c) Contoh cara menulis rujukan:

i. Buku
 Baerwald, T.j. C Fraser, 2003. World Geography: Building A Global Perspective. New York: Dorling Kindersley Limited.
 Mohd Ekhwan Toriman, 2019. Hidrologi Sekitaran: Dari Alur ke Sungai daripada Tercemar kepada Terawat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

ii. Jurnal

 Ahmad Fariz Mohamed, Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Muhammad Rizal Razman, Abdul Hadi Harman Shah. “Pengembalian Sisa Sebagai Sumber Proses Metabolisme Untuk Kelestarian Bandar Malaysia”. dalam Malaysian Journal of Environmental Management, Bil.12, 2011.
 Siti Zulaiha Zolkaply, Alam Lubna, Ahmad Abas Kutty, Firoz Khan, Mazlin Mokhtar. “A Review on Climate Change, Sea Level Change and Paleoclimate History”. dalam Journal of Engineering and Applied Sciences, Bil. 14, 2019.

iii. Ensiklopedia

Tajuk, jilid dan tahun PANDUAN KERJA LAPANGAN KSSM GEOGRAFI TINGKATAN 3 

iv. Akhbar
Berita Harian, 15 Mac 2019, halaman 6.

v. Orang Sumber
 Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun,
No 32, Jalan P11 A5/2, Presint 11,
62300 Putrajaya.

vi. Melawat Tempat Kajian

 Jabatan Alam Sekitar
Aras 1-4, Podium 2-3,
No 25. Wisma Sumber Asli,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya




Layari: cikgugeoz.blogspot.my
“idea membezakan anda dengan orang lain”
Selamat Berjaya