Saturday, June 17, 2017

PT3 Geografi 2017

Nantikan maklumat perlaksanaan PT3 Geo 2017
Terima kasih
Follow ig:zlindinspire

Thursday, July 14, 2016

Panduan PT3 Geografi 2016

vTUGASAN PT3 2016
vKajian Kes Tentang Pengangkutan di Kawasan Mengkuang Titi
v
vKonsep dan takrifan sistem pengangkutan
vJadual dan graf/carta pai tafsirkan
vKenal pasti dan huraikan 4 masalah pengangkutan atau lebih
vCadangkan 3 penambahbaikan yang boleh dilaksanakan


 Cara memilih lokasi kajian untuk mendapatkan data?





** Sekiranya bilangan kederaan tidak melebihi 200 dalam tempoh 30 minit, maka data tersebut tidak diterima, kawasan tersebut tidak dikelasifikasikan sebagai sesak... 
** Logiknya: 30 minit = 1800 saat, sekiranya 10 saat setiap kereta, bermakna sekiranya terdapat pengguna ingin melintas masih sempat melintas dan tidak terlalu sesak. Kesesakan mungkin pada waktu puncak (pergi dan balik kerja).Sila nyatakan dengan jelas masa data diambil, waktu puncak dan sebagainya

Contoh Soal Selidik


Perbezaan Soal Selidik dan Temu bual
Soal selidik , calon hanya berikan kepada responden untuk diisi
Temu bual , calon hendaklah menyediakan dialog temu bual antara calon dan orang sumber, catatkan maklumat.Soalan temu bual tiada had..
Siapa orang sumber, orang yang berjawatan di dalam masyarakat penghulu kampung, pegawai polis, Peniaga di kawasan berkenaan, orang dewasa, penduduk yang lama tinggal di kawasan berkenaan.
(sila jaga kesantunan anda bila berjumpa orang sumber, budi bahasa budaya kita, orang tua dihormati, yang muda disanyangi)

Sila Rujuk Kerangka Tugasan\
1. Tajuk ditulis dengan jelas:
 Kajian kes tentang pengangkutan di Jalan Besar, Kubang Semang, Bukit Mertajam. 
(Tempat spesifik, bukan daerah yang besar, kecilkan skop kajian)
2. Objektif dan kaedah kajian (Lihat .....)
3. Kerangka Kerja 

Proses Awal
1. Cari bahan daripada sumber internet, perpustakaan, orang sumber, soal selidik dan sebagainya.

Konsep dan takrifan
Takrifkan sistem pengangkutan
** Cari dari sumber kamus dewan, internet (print) dan tuliskan semula maksdu tersebut tanpa mengubah ayat (Tiru ayat)
Konsep: 
Anda hendaklah kaitkan maksud takrifan tersebut dengan lokasi kajian, masukkan:
* Nama kawasan kajian
*Contoh berkaitan dengan kawasan kajian seperti jalan raya, lebuh raya, jenis pengangkutan yang melalui jalan tersebut (lori kontena, bas kilang dan sebagianya)

****** Tuliskan dengan JELAS, RINGKAS dan PADAT****

Penulisan Masalah

Tip:
1. Ambik 4 masalah atau lebih berdasarkan soal selidik atau orang sumber yang ditemui.
2. Cara Penulisan 
Fakta : Sesak
Huraian : Menjawab bagaimana sesak?, dimana sesak?, kenapa                sesak?
Contoh: Menjawab apa yang sesak?



Contoh Penulisan:

Contoh ringkas
 Contoh Terperinci




Penulisan Cadangan Penambahbaikan

Tip:
Penulisan hendaklah mengandungi :
1. Fakta (Cadangan Penambahbaikan)
2. Huraian (Ceritakan bagaimana?, dimana?, kenapa?, cuba tulis menggunakan ayat sendiri. Tunjukkna kefahaman anda tentang kajian yang anda jalankan. Masukkan rekabentuk, gambar bagi menjelaskan lagi cadangan anda.Labelkan.
3. Pastikan cadangan anda resional dan boleh dilaksanakan.
4. Idea kreatif dan kritis. Anda boleh meniru idea dari negara lain atau dalam negara dan sesuaikan dengan lokasi kajian.
5. Cuba timbulkan persoalan .Apakah penyelesaian?
6. Contoh: 

Pencemaran udara dari kenderaan
http://science.howstuffworks.com/environmental/green-science/10-transportation-pollution-solutions.htm

Pencemaran bunyi dari kenderaan
https://en.wikipedia.org/wiki/Noise_control

Kesesakan trafik
http://www.ncpa.org/pub/ba773

How Tolls Can Help Manage Demand. Many people object to paying tolls to use roads that have traditionally been “free,” which means paid for out of gas taxes. Yet the benefits of tolling congested roads are so great that many cities are beginning to experiment with such tolls. There are several different ways of doing this:
  • New York City has converted fixed tolls to congestion tolls for existing toll roads and bridges to Manhattan. California has done the same with the San Francisco-Oakland Bay Bridge.
  • Denver, Toronto and other cities charge tolls for newly constructed highways. This avoids charges that people are “paying twice” for roads, once out of gas taxes and once out of tolls, but does not relieve congestion on existing highways.
  • California has built new toll lanes next to existing lanes, and Colorado and Minnesota have converted underused carpool lanes to tolled lanes, allowing people in low-occupancy vehicles to use the lanes if they pay tolls. By attracting cars away from existing lanes, everyone enjoys some congestion relief and anyone can drive in an uncongested lane if they are willing to pay a toll.
  • London, Milan and a few other European cities have drawn a line (“cordon”) around their city centers and charge variable tolls to any vehicle crossing the line. However, because cordon charges do not distinguish between roads that are truly congested and those that are not, they are not as effective as individual road tolls.
  • Oregon and Minnesota are experimenting with replacing gas taxes entirely with vehicle-mile fees that charge a fixed price per mile to drive on uncongested roads and variable prices to drive on congested roads. While many people worry that these systems will allow the government to track everyone’s travel, Oregon and Minnesota have designed their systems to protect people’s privacy.


Anda boleh mencadangkan seperti berikut:
 1 masalah = 1 penyelesaian (Pastikan idea kreatif dan kritis,                                                 tepat)
1 masalah  =3 penyelesaian ( Cadangan yang biasa dibuat di tempat                                          lain di Malaysia)
3 masalah = 3 penyelesian


Contoh:
Cadangan Petak Parkir di Pekan Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang


***PASTIKAN cadangan penambahbaikan menyelesaikan MASALAH yang ditulis dan dikenalpasti, berdasarkan SOAL SELIDIK yang dikaji***



Monday, September 21, 2015

Kajian Lapangan Geo Tingkatan 1

Soalan:
1. Anda dikehendaki mengenalpasti dan menghuraikan tentang SATU jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan tempat tinggal anda. 

Panduan: (2 muka surat)
Huraian mengandungi LOKASI KAJIAN, FAKTA, HURAIAN (alasan kenapa, bagaimana) dan CONTOH
@ 


Tuliskan dalam bentuk karangan seperti CONTOH ayat berikut:
                Berdasarkan pemerhatian ke atas kawasan tempat tinggal saya iaitu Kampung Mengkuang                   Titi, saya mendapati perusahaan tanaman kulat ......................................
               << ayat menujukkan anda seorang pengkaji.


2. Anda dikehendaki mengenalpasti dan menerangkan tentang SATU jenis kegiatan ekonomi yang BERPOTENSI untuk dimanjukan di kawasan tempat tinggal anda dan dapat menambahkan pendapatan keluarga anda??

Panduan:(2 muka surat)
Huraian mengandungi FAKTA, HURAIAN (alasan kenapa, bagaimana) dan CONTOH

Tuliskan dalam bentuk karangan seperti CONTOH ayat berikut:
                Berdasarkan kajian ke atas kawasan tempat tinggal saya iaitu Kampung Mengkuang                   Titi, saya mendapati potensi penternakan arnab dapat .........................
               << ayat menujukkan anda seorang pengkaji.

Muka Hadapan

Ditulis Tajuk : KAJIAN LAPANGAN GOEGRAFI PT1-2015
Kawasan Kajian: KAJIAN DI KG MENGKUANG TITI, 14000 BUKIT MERTAJAM
Nama:ABU BIN ABI
Tingkatan:1 AF
Nama Guru: CIKGU AHMAD BIN ALI












Saturday, June 20, 2015

Cadangan usaha-usaha meningkatkan pendapatan penduduk

PANDUAN

Anda harus membuat pemerhatian dan kajian berdasarkan temubual atau soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang sesuai tentang cadangan tersebut atau anda mempunyai idea lain yng mungkin anda pernah terbaca daripada mana-mana sumber @ pengalaman bercuti diluar negara dan anda ingin cadangkan di kawasan kajian anda.

Fikirkan bagaimanakah untuk menambah pendapatan penduduk??bukan untuk baiki prasarana.
Anda bayangkan ada individu yang tiada kepentingan nak bantu penduduk setempat.
siapakah penduduk itu ? org kampung, orang susah, orang miskin atau sesiapa juga yang ingin tambahkan pendapatan.

kenapa pilih cadangan tersebut? relevan kah? adakah tepat dan sesuai  dengan kawasan kajian?

Anda mungkin perlu cadangkan penghasilan produk, perniagaan internet, penternakan dan lain-lain seperti CONTOH cadangan berikut:

  1. tanaman kulat
  2. tanam sayur-syuran organik
  3. Tanaman halia/kunyit/pisang/lengkuas/bunga kantan/serai/keladi dan lain-lain
  4. perusahaan ayam kampung 
  5. telor ayam kampung
  6. puyuh
  7. kek
  8. tauge
  9. kerepek
  10. tudung online
  11. baju kurung online
  12. berniaga nasi lemak delivery
  13. buat pizza
  14. madu kelulut
  15. buat cendol
  16. buat soya
  17. kueh tradisional (dodol, bahulu dan lain-lain)
  18. produk kraftangan daripada sumber semualjadi sedia ada
  19. pusat urut tradisional/spa/sauna herba
  20. buat emping padi
  21. buat sos
  22. perkhidmatan baiki basikal/motor/kereta
  23. perkhidmatan menghantar anak ke sekolah 
  24. kafe siber
  25. nurseri pokok/pokok orkid/pokok bongzai
  26. perkhidmatan bot untuk memancing
  27. perkhidmatan mendaki bukit/perkhemahan
  28. baiki komputer/gajet
  29. berniaga top up
  30. berniaga laksa belud
  31. pembuatan laksa beras
  32. pembuatan kueh raya 
  33. homestay
  34. buat satay
  35. buat santan
  36. buat kerisik
  37. burung walid
  38. katering 
  39. buat langsir
  40. pebuatan songkok/baju melayu
  41. perkhidmatan memotong rumput atau bersih kebun
  42. pekhidmatan pembuatan bot/tong air daripada fiber glass
  43. tapai
  44. tikar bakul mengkuang
  45. tikar /bidai daripad buluh
  46. rebung jeruk
  47. jeruk buah-buahan
  48. air tebu
  49. pembuatan gula melaka 
  50. ikan kering
  51. belacan
  52. pekasam
Cadangan sahaja



Tafsiran dan Konsep

Berikan definisi berdasarkan sumber rujukan .....

Contoh: dari wikipedia, petikan daripada buku yang memberi maksud KEGIATAN EKONOMI
@ dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka @ mana-mana yang relevan.

Kemudian hendaklah dihuraikan definisi tersebut dan diberikan contoh yang bersesuaian @ dikaitkan dengan kawasaan kajian

SOAL SELIDIK

CONTOH SAHAJA

 BORANG SOAL SELIDIK
Tajuk:
Menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk  dalam
pelbagai kegiatan ekonomi  di Kg XYZ

Nama responden: ________________________________________
Umur:________
Alamat:_________________________________________________

Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul.

1.      Apakah pekerjaan anda?
(    ) Sektor Swasta ,nyatakan ………………………………………………………
(    ) Sektor Kerajaan, nyatakan ………………………………………………………
(    ) Bekerja sendiri, nyatakan ………………………………………………………
(    ) Tidak bekerja

2.      Adakah anda mempunyai pendapatan sampingan lain?
(    ) Ya, nyatakan …………………………………………
(    ) Tidak

3.      Pada pendapat anda, apakah potensi kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan ditempat anda?
(    ) Industri pemprosesan, nyatakan ………………………………….
(    ) Pelancongan
(    ) Industri Ringan, nyatakan ………………………………..
(    ) industri berat, nyatakan ………………………………….
(    ) Lain-lain, nyatakan ………………………………………..

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan/Puan membuat soal selidik ini.


Tuesday, June 2, 2015

PT3 Geografi 2015

Perancangan Pengurusan PT3 GeoGRAFI 2015
  1. 15 Jun 2015 : Soalan akan dicetak
  2. 16 Jun 2015: Surat Makluman kepada waris tentang  PT3 Geo
  3. 17 Jun 2015 : Taklimat PT3 kepada pelajar dan guru-                                        guru Tingkatan 3 (LDP 2 jam)
  4. 18 Jun 2015: Taklimat kepada Guru-guru tentang Penjaminan                          Kualiti dan Latihan Penandaan 
  5. 21 Jun - 3 Jul : PT3 dilaksanakan
  6. 3 Julai 2015: TARIKH AKHIR PENGHANTARAN                                    LAPORAN