Setiap calon PMR diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah sebagai satu daripada keperluan peperiksaan. Penilaian Kerja Kursus Sejarah dikendalikan oleh pihak sekolah dengan pemantauan pegawai dari Lembaga Peperiksaan (LP). Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Penilaian adalah berdasarkan elemen mengumpul fakta sejarah, merekod fakta sejarah serta penerapan unsur patriotisme. Pengukuran setiap elemen dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria penskoran yang telah ditetapkan bagi menentukan keselarasan penilaian.
PANDUAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013
TUGASAN 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan dengan satu kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia.
(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
(b) Tulis laporan kajian anda secara terperinci
TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.
PEMILIHAN TAJUK PERINGATAN: Bukan produk yang menjadi perkara utama kajian, tetapi orang yang mengusahakan seperti pengusaha dodol, peniaga cendol, penternak ikan keli dss.
Susunan
Folio Sejarah 21/2 2013
1. Muka hadapan
2. Elemen
1.0 - Mengumpul fakta Sejarah
3. Senarai semak Elemen 1
4. Sumber (4 sumber)
5. Elemen 2.0
- Merekod Fakta Sejarah
6. Senarai semak Elemen 2
7. Tajuk [ 1 halaman ]
8. Senarai kandungan
9. Penghargaan
10. Objektif Kajian
11. Kaedah Kajian
12. Hasil Kajian
13. Rumusan
14. Lampiran
15. Rujukan
16. Elemen 3.0 -
Penerapan Unsur Patriotisme
17. Senarai semak Elemen 3
18. Esei -
Contoh Penulisan PENGHARGAAN Kerja kursus
ELEMENT 1: PANDUAN TEMURAMAH ORANG SUMBER
Arahan:
Sebelum berjumpa orang sumber, pastikan anda menyiapkan skrip soalan bagi memudahkan sesi temuramah dan pemerhatian.Skrip akan menjadi bahan bukti aktiviti mencari maklumat dan akan dilampirkan dalam folio. pastikan anda menulis dengan kemas.
CONTOH SKRIP ORANG SUMBER
Maklumat Asas:
1. Jenis Kegiatan Ekonomi Tradisional:Pengusaha Dodol
2. Nama :_____________ (pihak yang mengusahakan)
3. Umur: _______tahun
4. Alamat:____________________________ (lokasi tempat
kajian)
*lampirkan gambar lokasi @ peta boleh dapatkan
melalui google map.
5. Apakah asal usul perniagaan Dodol Mak Munah?
-----------------------------------------------------------------------------
Latar Belakang:
1. Boleh tak Mak Munah terangkan cara pembuatan cendol ni ?
_____________________________________________
2. Apakah peralatan yang Mak Munah gunakan?
____________________________________________
3.Berapakah kos menghasilkan dodol setiap hari ?
______________________________________________
4.Dimanakah Mak Munah menyediakan dodol ini?
________________________________________________
Sumbagan/Pengaruh
5. Adakah perusahaan dodol ini telah memberi perubahan besar kepada keluarga Mak Munah?
___________________________________________________
6. Adakah perusahaan dodol in menjadi pendapatan utama atau sampingan bagi keluarga Mak Munah?
___________________________________________________
7. Bagaiamanakah Mak Munah memenuhi permintaan pelanggan teruatamanya apabila permintaan tinggi?
___________________________________________________
8. Adakah perusahaan dodol ini memberi peluang pekerjaan kepada jiran-jiran berdekatan?
____________________________________________________
Prospek
9.Apakah cabaran yang dihadapi oleh Mak Munah dalam perusahan dodol ini ?
____________________________________________________
10. Adakah Mak Munah mendapat galakkan atau bantuan daripada mana-mana agensi kerajaaan?
____________________________________________________
11. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap produk dodol?
____________________________________________________
12. Apakah harapan diri Mak Munah sebagai pengusaha dodol dan saranan Mak Munah kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat?
___________________________________________________
Bina soalan tentang sumbangan/pengaruh kepada keluarga/masyarakat dan soalan tentang prospek
....... lihat catatan pada kertas soalan di atas...
BERTANYA LEBIH BANYAK SOALAN?????
**** Tulis Tangan @ menaip ikut standard yang ditetapkan*****
ELEMENT 1: CONTOH KERATAN AKHBAR
Sumber: Buletin Mutiara, 16-31Mac 2013, Halaman 22
ELEMENT 1: CONTOH SUMBER INTERNET
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/DodolCONTOH PENULISAN HASIL KAJIAN |
PANDUAN ELEMENT 3 : ESEI
Anda boleh jadikan nilai-nilai dibawah sebagai rujukan dalam menulis pendapat anda . Anda diingatkan memilih 1 nilai bagi setiap isi nilai patriotisme.
1. Berbangga sebagai Rakyat Malaysia
- menghormati raja dan pemimpin negara
-
menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
-
menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera,lagu kebangsaan,dan
jata negara)
- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan
negara
- menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya
bangsa
- berbangga dengan sejarah negara
2. Bersemangat Setia Negara
- cinta akan bangsa dan negara
- taat dan setia kepada raja dan pemimpin
negara
- sedia berkorban untuk bangsa dan negara
- bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
- berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan
bangsa dan negara
- peka
kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
- bersyukur sebagai warganegara Malaysia
3. Bersemangat Kekitaan
- bersatu padu dan berharmoni
- bertolak ansur dan
bertoleransi
- bekerjasama dan
tolong-menolong
- hormat-menghormati
- bersefahaman dan bermuafakat
- muhibah atau semangat
bermasyarakat
4. Berdisiplin
- berakhlak dan berbudi
pekerti mulia
- mempertahankan dan
menjunjung Perlembagaan Negara
- mematuhi peraturan dan undang-undang
- berkelakuan sopan,
bertatasusila dan berhemah tinggi
- bertindak wajar
- bersifat amanah dan jujur
- berlaku adil dan bertimbang
rasa
5. Berusaha dan Produktif
- rajin dan gigih
- berdikari
- tabah menghadapi cabaran
- menyokong dan melibatkan
diri dalam usaha pembangunan
- berganding bahu membangunkan negara
- berilmu dan berketrampilan
PANDUAN RUMUSAN
• Calon menyatakan dan menghuraikan 3 unsur patriotisme berkaitan dengan tajuk / iktibar kepada :
• Calon memasukkan mana –
mana 3 kategori bahan lampiran dan menulis kapsyen yang
berkaitan. Contohnya :
• Gambar • Peta • Dokumen • Bahan lain yang sesuai
PENTING
•
Bahan lampiran mestilah yang berbeza bukan daripada
kategori yang sama.
CONTOH RUJUKAN
1) Akhbar
(a) Harian Metro, 20 Mac 2011, halaman 18.
2) Majalah
(a) Majalah Seruan Tani, Jun 2012,
halaman 14 dan 15,
Jabatan Pertanian,
Pulau Pinang.
3) Orang Sumber
(a) Encik Ahmad bin Awang, 63
tahun,
No 20, Kampung Sungai
Lokan,
Seberang Perai Utara.
4) Internet
(a) http://www.astech.com.my/ekonomi
tradisional.html
(b)
http://.wordpress.com/ penanaman padi
SELAMAT BERJAYA..
HASIL KARYA SENDIRI LEBIH BAIK SUPAYA KESAN KAJIAN DAPAT DIINGATI DAN TERKESAN DALAM JIWA ANDA...
mulai 2013 SEJARAH SPM : SYARAT WAJIB LULUS
6 comments:
cikgu...xphm lh......
~Luqman 3k1~
cikgu...xphm lh......
~Luqman 3k1~
xphm lh cikgu
~Luqman 3K1~
Terima kasih bebanyak , cikgu . Info yang sangat membantu . Semoga Allah merahmati cikgu ~
Terima kasih bebanyak , cikgu . Info yang sangat membantu .
Excellent post. Keep writing such kind of info on your site.
Im really impressed by your blog.
Hi there, You have performed a fantastic job.
I'll certainly digg it and for my part suggest to my friends. I'm sure they'll be benefited from this website.
Feel free to surf to my blog email templates html
Post a Comment