Monday, July 3, 2017

Panduan PT3 Geografi 2017


Jadual kerja anda boleh sediakan sendiri, tulis ayat yang ringkas untuk menunjukkan usaha dan perancangan anda untuk mendapatkan maklumat dan pengumpulan bahan dari pelbagai sumber. Anda tentukan sendiri nak cari bila, perancangan anda itu.Perancangan anda mungkin sama dengan rakan-rakan lain sekiranya anda buat dalam kumpulan atau mingkin berbeza... usaha anda membezakan anda dengan pelajar lain
Penulisan laporan guru anda akan maklumkan kepada anda... 

TEMUBUAL ORANG SUMBER

Tiada format tetap untuk temubual tetapi pastikan temubual mempunyai maklumat berikut:
  1. Nama orang sumber
  2. Alamat
  3. Umur
  4. Soalan berkaitan dengan kajian topografi

  • Cadangan kawasan berpotensi di mana?
  • Apa potensi tersebut
  • Halangan
  • Cadangan

Buatlah catatan ringkas dengan kemas atau rekam menggunakan telefon bimbit anda..... 

Cari lah orang sumber yang profesional seperti pemimpin masyarakat, penghulu, pegawai Majlis Perbandaran, Pegawai Pejabat Tanah, ibu, bapa atau sesiapa yang anda fukirkan sesuai untuk memikirkan tentang percangan masa depan kawasan tempat tinggal adan.



Sila rujuk contoh penulisan tahun sebelumnya
https://cikgugeoz.blogspot.my/2015/06/perancangan-pt3-geografi.html




Anda juga boleh menganggarkan jarak kawasan kajian anda sejauh 5km dan pastikan anda dapat kenal pasti kawasan yang berpotensi dalam lingkungan tersebut untuk dilorekkan nanti..... 
Sebenarnya soalan tidak menetapkan 5km namun ia dicadangkan supaya anda dapat mengenalpasti ciri-ciri fizikal dan budaya secara menyeluruh dan cadangan potensi anda akan menjadi lebih tepat, kreatif,kritis dan ada unsur rasional.







No comments: