Friday, July 6, 2018

Panduan pemilihan kawasan kajian PT3 Geografi 2018

Calon diingatkan supaya fikirkan banyak aspek sebelum memililih kawasan kajian. Beberapa persoalan yang harus difikirkan seperti berikut:-

  1. Pastikan kawasan kajian adalah guna tanah semasa atau sedang dalam pembinaan seperti kawasan perumahan anda yang luas, sawah padi luas (yang dominan atau utama) , projek lebuhraya, projek pembinaan atau lain-lain.
  2. Jangan fikir perkara lepas atau sebelum nya. Lihat apa yang anda nampak sahaja.
  3. Buat pemerhatian di kawasan kajian melalui lawatan ke kawasan yang anda pilih. Cari faktor berlakunya guna tanah, dan kesan.
  4. Gunakan Google maps untuk mendapatkan gambaran jelas tentang kawasan kajian
  5. Bertanya orang sumber (Tembual) orang yang tinggal di kawasan tersebut. Rujuk orang sumber yang mahir seperti ketua kampung atau orang -orang yang profesional akan memudahkan anda mendapat fakta yang tepat 
  6. Pastikan ada kesan kepada alam sekitar bukan kepada manusia
  7. Pastikan kawasan kajian anda dan tempat tinggal anda terdapat dalam peta topografi yang anda akan lukis.

Contoh Kawasan kajian yang anda boleh fikirkan:
  1. kuari
  2. taman perumahan yang luas
  3. bengkel kereta (ada tumpahan minyak)
  4. pembinaan empangan
  5. landang ternakan ayam,lembu,babi, kambing dll. yang berskala besar
  6. Kilang 
  7. Kawasan Perindustrian seperti Prai, bayan Lepas, Kulim dll.
  8. Sawah padi
  9. Perlombongan pasir
  10. Pembinaan bangunan
  11. Tebus guna kawasan paya untuk perumahan
  12. Pembinaan lapangan terbang atau apa-apa projek mega
  13. Penanaman sayur-sayuran atau pertanian berskala besar
Contoh tajuk:
§  Kajian tentang guna tanah untuk penanaman padi di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang]



§  Kajian tentang guna tanah pembinaan taman perumahan di Taman ABCD, Bukit 
Mertajam, Pulau Pinang



§  Kajian tentang guna tanah untuk taman perumahan di Taman ABCD, Bukit 


Mertajam, Pulau Pinang


* Kesilapan tajuk kajian akan menyebabkan anda akan menghadapi masalah penulisan pelaporan

Contoh Kawasan kajian 

#Cuba rancang idea anda
Cadangan kajian kes :  kawasan penanaman padi

Faktor:
  1.  tanah aluvium
  2. ada sumber pengairan
  3. tanah pamah yang luas
  4. cuaca dan iklim
Kesan
  1. Pencemaran air: Penggunaan racun : toksik kepada hidupan akuatik
  2. Pencemaran tanah: Penggunaan baja kimia
  3. Pencemaran udara: Pembakaran jerami (debu dan asap)
  4. dll
Langkah peneyelesaian:

  1. Penggunaan baja organik - spesifikkan apa baja tersebut?
  2. Guna semula jerami untuk penghasilan produk lain .. Nyatakan spesifik utk apa dan bagaimana
  3. Teknologi rawatan air tersemar.. spesifik teknologi apa??? 
Pastikan cadangan anda BERFOKUS, JELAS, SPESIFIK, RASIONAL RELEVAN, KREATIF DAN KRITIS. 

PASTIKAN RINGKAS DAN PADAT.





Panduan PT3 2018















Bil
Perkara
Huraian
Panduan Pelajar
1
Perancangan
ü  Jadual Kerja
ü  Objektif Kajian
ü  Penentuan Kaedah Kajian
Perancangan LENGKAP, TEPAT, REALISTIK
§  Tajuk: Kajian tentang guna tanah untuk penanaman padi di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
§  Terangkan dengan lengkap jadual kerja
§  6 objektif yang mempunyai kata kerja (menghuraikan, mencari, mengenalpasti dll.) Rujuk m/s 7
§  3 kaedah umum (3.1,3.2 , 3.3) nama tempat
§  3 kaedah khusus (3.4,3.5,3.6) nyatakan tempat dan guna tanah
§  3 kaedah (huraikan bagaimana kaedah tersebut) (kaedah realistic)








2
Proses Awal
Mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber:
ü  Temubual/ pemerhatian/rujukan
ü  Draf peta lakar
ü  Faktor
ü  Kesan
ü  Cadangan
KAEDAH RELEVAN,
MENYATAKAN SUMBER
Data maklumat RELEVAN, ASLI

§  Minimum 3  kaedah
§  Minimum 3 bahan setiap kaedah
§  Soal selidik ( nama, alamat, solan mudah dan pilihan jawapan)
§  Bukti dilampirkan (BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN SAHAJA)
§  Pemerhatian (letak gambar) atau catatan
3(a)
Latar belakang ciri fizikal dan budaya
Jelaskan dengan TEPAT
§  Hurai ciri-ciri fizikal dan budaya merujuk kepada peta topo
§  Mesti ada: kawasan mana? Kg apa? negeri ? bentuk muka bumi? Pola? Menulis merujuk kepada guna tanah…..



3(b)
(i) Peta Lakar
ü  Tajuk
ü  Simbol peta topografi
ü  Petunjuk
ü  Arah mata angin
ü  Bingkai
Dibina BETUL< RELEVAN< LENGKAP



§  Cetak peta google n drafkan kawasan dengan letak simbol
(ii) Tafsiran
LENGKAP. TEPAT, RELEVAN

§  Hubungkait CF dan CB
§  Fokus kepada tafsiran gunan tanah (cara menulis ayat)


3(c)
Faktor
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
Kenalpasti 1 jenis guna tanah UTAMA , FAKTOR
§  Gua tanah Sebelum atau semasa
§  Masa akan datang TAK BOLEH
§  PANDUAN PEMILIHAN:
1.     Lihat dominan (paling besar)
2.     Ada kesan, tahu cadangan penyelesaian
3.     Bukan aktiviti atas air
4.     Bukan laut
5.     Permukaan tanah



3(d)
Kesan
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
Hurai dengan TERPERINCI, JELAS, TERATUR, ASLI
§  Kesan Kepada Alam Sekitar BUKAN KEPADA MANUSIA
§  Tanih, Udara, Air, Hutan, Haiwan/ Hidupan Liar (TUAHH)
§  Ditulis dengan jelas , mendalam
§  Kesan di kawasan kajian , terangkan dengan merujuk kawasan kajian
§  Pernah berlaku
§  Sedang berlaku
§  Dijangka berlaku
§  Cth: …………….





3 (e)
Cadangan
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
Cadangan  KRITIS, TEPAT, RELEVAN
§  1 kesan : 1 Cadangan atau lebih
§  3 kesan : 3 cadangan
§  Cadangan yang menyelesaikan kesan yang ditulis di 3(d)
§  Cth: …….




4
Pembentangan Laporan Kajian
Tunjukkan KEFAHAMAN YANG MENDALAM, KEMAHIRAN terhadap kajian
MAMPU MENJANGKAUI TUGASAN
§  Pelbagai media spt. Carta, model, kertas mahjung, power point (gambar, video, animasi)
§  3-4 minit
§  Bentangkan Keseluruhan kajian dan dapatan kajian


5
Penilaian Umum
Kemas, Tersusun,
 Bahasa gramatis