Saturday, December 29, 2012

Meningkatkan kelajuan menaip pelajar –pelajar Tingkatan 1 Arif menggunakan Kekunci Jalan Pintas (Short Cut Keys)


LAPORAN KAJIAN
TINDAKAN
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ZAKI BIN SAID
KETUA PANITIA LITERASI KOMPUTER 2012
SMK HUTCHINGS, GEORGETOWN, PULAU PINANG

Penghargaan

A  lhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan Taufik dan InayahNya, dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, sekalung penghargaan ditujukan kepada Pengetua sekolah, iaitu Encik Loh Chee Heng yang telah memberi garis panduan untuk memastikan kejayaan perlaksanaan kajian tindakan untuk Panitia Literasi Komputer.
Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan nasihat dan cadangan iaitu Puan Clarina Anne Anthony dan  Puan Maslinda Bt. Ismail,. Dengan sokongan tersebut saya dapat menghasilkan satu kaedah yang berkesan dengan mnggunakan Teknik Short Cuts Keys.
Ucapan syabas juga ditujukan kepada semua pelajar-pelajar 1 Arif yang telah menunjukkan sikap kesungguhan yang sangat tinggi terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan laporan saya kali ini. Semoga Allah yang dapat membalas segala pengorbanan kalian yang banyak membantu saya dalam menyediakan laporan kali ini. Terima kasih.

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kelajuan menaip para pelajar Tingkatan 1 Arif yang melibatkan 18 orang pelajar dan 9 orang menjadi testimoni kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan tahap kelajuan menaip para pelajar. Dalam kajian ini, tinjauan masalah dilaksanakan dengan yang menggunakan beberapa instrument iaitu Ujian Pra, Ujian Pencapaian, Temubual dan Pemerhatian. Hasil tinjauan masalah menunjukkan tahap penggunaan komputer sangat rendah mengakibatkan pelajar tidak cekap menaip. Oleh demikian, dua kaedah diperkenalkan iaitu Short Cuts Keys dijalankan, yang memerlukan pelajar menaip menggunakan kekunci tanpa menggunakan mouse. Kesan daripada perlaksanaan aktiviti tersebut dapat dilihat melalui Ujian Pencapaian yang menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang berjaya menaip dalam tempoh masa 10 minit daripada 3 orang sebelumnya kepada 7 orang. Hal ini, menunjukkan latihan yang berterusan dapat meningkatkan kepantasan menaip para pelajar.


ISI KANDUNGAN

Perkara                                                                                                          Muka Surat
PENGHARGAAN                                                                                                     i
ABSTRAK                                                                                                                 ii
ISI KANDUNGAN                                                                                                   iii
1.0       Refleksi P&P Yang Lalu                                                                                1
2.0       Isu Keperihatinan                                                                                            1
3.0       Objektif Kajian                                                                                               1
4.0       Kumpulan Sasaran                                                                                          2
5.0       Perlaksanaan Kajian                                                                                        2
            5.1       Tinjauan Masalah                                                                                2
            5.2       Analisis Tinjauan Masalah                                                                  3
            5.3       Perlaksanaan Tindakan                                                                       3
            5.4       Refleksi Kajian                                                                                   5
6.0       Rumusan                                                                                                         6
7.0       Cadangan Kajian Seterusnya                                                                          6

BIBLIOGRAFI                                                                                                          6
LAMPIRAN A                                                                                                           7
LAMPIRAN B                                                                                                           9
1.0              REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pada hari Isnin bertarikh 13 Febuari 2012 yang lalu, saya telah memberikan tugasan menaip sebuah karangan bertajuk ”Perasaan saya bila memasuki Tingkatan 1 Arif”. Saya mendapati kebanyakan pelajar lambat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan walaupun mereka telah menulis karangan tersebut dalam Buku Literasi Komputer. Hal demikian, timbul tanda tanya  ”Apakah sebab kebanyakan pelajar tidak dapat menyiapakan tugasan?”.  Saya cuba membuat refleksi dan mengenalpasti punca berikut:
                                i.            Pelajar tidak mahir menggunakan tetikus (mouse) semasa menaip
                              ii.            Pelajar tidak mahir menggunakan butang toolbar seperti Bold, Italic,Underline dan penetapan susunan perenggan (paragraph)

2.0              ISU KEPERIHATINAN
Kajian yang dijalankan ini, lebih tertumpu kepada mencari punca dan langkah bagi mengatasi masalah dengan memperkenalkan kaedah baru supaya para pelajar dapat menaip dengan cepat. Punca masalah kelambatan menaip dikalangan para pelajar adalah berdasarkan kepada latar belakang pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah dan menyukarkan pelajar menaip dengan baik. Namun demikian, minat yang tinggi terhadap penggunaan komputer dan mereka perlu diajar supaya menggunakan kemhiran yang pantas semasa menaip. Jika masalah ini tidak ditanggani, masalah kelambatan menyiapkan tugasan akan berterusan. Hal ini, akan menyebabkan guru tidak dapat menjalankan lebih banyak aktiviti kepada para pelajar.

Kajian ini sangat penting  bagi mengatasi masalah ini dengan mencuba memperkenalkan kaedah menaip menggunakan Kekunci Jalan Pintas. Kajian ini diharapkan dapat mengatasi masalah menaip yang perlahan dikalangan pelajar Tingkatan 1 Arif yang melibatkan seramai 18 orang pelajar.

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

3.1       Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan.


3.2        Objektif Khusus
·                     Meningkatkan kecekapan pelajar menggunakan Kekunci Jalan Pintas (short cuts keys)
·                     Meningkatkan kepantasan menaip

4.0       KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar dari kelas Tingkatan 1 Arif. Para pelajar ini adalah terdiri daripada pelajar yang cekap, sederhana dan lemah dalam menggunakan alatan komputer termasuklah menggunakan papan kekunci. Sembilan orang yang paling rendah tahap menaip akan menjadi testimoni kajian.

5.0       PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian dilaksanakan dengan membuat tinjauan masalah, perlaksaaan tindakan kepada kumpulan sasaran semasa kelas Literasi Komputer berlangsung dan diakhiri dengan refleksi kajian.

5.1              Tinjauan Masalah
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah dan Tarikh
Cara Penilaian
Kumpulan Sasaran
Tujuan
Langkah 1
13 /2/2012
(Ujian Pra)
Pelajar menaip sebuah karangan  (20 minit)
18 orang pelajar
Mengenalpasti apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh pelajar semasa menaip.
Langkah 2
13/2/2012
Temubual
9 orang pelajar yang paling lambat
Mengenalpasti punca masalah pelajar
Langkah 3
13/2/2012
Pemerhatian
Penyelidik
Mengenalpasti punca masalah pelajar
Langkah 4
20/2/2012
(Ujian Pencapaian)
 (10 minit)
9 orang pelajar yang paling lambat
Mengenalpasti perubahan kecekapan pelajar selepas melalui aktiviti peningkatan kecekapan.

5.2              Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah
Langkah dan Tarikh
Cara Penilaian
Kumpulan Sasaran
Masalah Yang Dikenalpasti
Langkah 1
13 /2/2012
Ujian Pra
 (10 minit)
 Menaip karangan
18 orang pelajar
Hanya 2 orang sahaja pelajar dapat menaip mengikut masa yang ditetapkan.
Langkah 2
13/2/2012
Temubual
9 orang pelajar yang paling lambat
a)      Sebilangan pelajar mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai komputer di rumah
b)      Tidak pernah menggunakan Microsoft Word
c)      Pelajar lebih banyak bermain permainan video (game) daripada menaip
Langkah 3
13/2/2012
Pemerhatian
Penyelidik
Pemerhatian dilakukan sendiri oleh penyelidik untuk mengenalpasti masalah, iaitu dari segi:
a)      Tidak menggunakan mouse:
Terdapat pelajar tidak menggunakan mouse  semasa menaip
b)      Menggunakan mouse menaip :
Terdapat pelajar mengggunakan mouse tetapi kadar menaip perlahan
c)      Proses Edit:
Pelajar membuat editing pada ayat selepas siap menaip
Langkah 4
20/2/2012
Ujian Pencapaian
 (10 minit) Ujian Menaip

9 orang pelajar yang paling lambat
7 daripada 9 orang pelajar dapat menaip mengikut masa yang ditetapkan dengan minimum kesalahan ejaan seperti graf yang ditunjukkan di Rajah 1


Rajah 1 : Pencapaian kajian

Berdasarkan keputusan kajian pada Rajah 1 menunjukkan, kebolehan para pelajar boleh ditingkatkan melalui kaedah ini walaupun latihan dijalankan hanya 20 minit selama 2 sesi. Pencapaian pelajar meningkat dengan cepat kepada 77.77 peratus berbanding 33.33 peratus semasa ujian pra bagi sembilan orang pelajar terpilih yang menunjukkan pencapaian menaip yang perlahan.

5.3       PERLAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan dijalankan mengikut jadual yang di tetapkan bagi menilai keberkesanan kaedah-kaedah yang di cadangkan seperti berikut:-
Aktiviti
Tarikh
Tempoh masa
Pelajar diajar menggunakan kaedah Kekunci Jalan Pintas (short cuts keys) menaip artikel majalah komputer. Pelajar dilarang menggunakan mouse.
13/2/2012
dan 20/2/2012
20 minit

5.3.1    Kaedah Kekunci Jalan Pintas (short cuts keys)
Guru menerangkan teknik yang perlu digunakan oleh pelajar dengan menulis dan menghafal  short cuts keys sebelum memulakan aktiviti menaip artikel majalah dalam tempoh 30 minit pada sambil menggunakan kekunci jalan pintas. Pelajar disarankan supaya menghidupkan dan mematikan kekunci semasa menaip artikel. Pelajar diberi amaran supaya tidak menggunakan  mouse  semasa menaip. Kekunci Jalan Pintas seperti berikut:-
Kekunci
Fungsi
Ctrl + B
Menetap perkataan kepada Bold
Ctrl + E
Menetapkan tajuk pada kedudukan tengah
Enter
Pergi ke baris seterusnya
Ctrl + I
Menetapkan perkataan kepada bentuk Italic
Ctrl + L
Menetapkan perenggan yang ditaip dalam bentuk justify iaitu tersusun kiri dan kanan kertas
Ctrl + U
Menetapkan perkataan yang mempunyai garis dibawah perkataan (Underline)
Ctrl + A
Menetapkan highlight  pada peranggan atau keseluruhan
Ctrl + S
Simpan

  1. Pemerhatian
Sepanjang aktiviti berlangsung pelajar menaip dengan dengan cara masing-masing, namun guru mengingatkan berulang kali supaya menggunakan kekunci jalan pintas sepanjang para pelajar menyiapkan tugasan menaip artikel. Pada hari berikutnya para pelajar lebih cekap menaip.

  1. Refleksi
Pada peringkat awal didapati para pelajar tertekan dengan kaedah ini memandangkan guru memantau aktiviti tersebut. Namun di akhir aktiviti di dapati pelajar dapat menggunakan kaedah ini dengan cara yang  sepatutnya.

5.4       Refleksi Kajian
Keseluruhan kaedah kajian yang telah dilaksanakan di buat rumusan berdasarkan keberkesanannya dalam meningkatkan kepantasan pelajar menaip

5.4.1    Penilaian  Keseluruhan Pencapaian
Penilaian terhadap pencapai pelajar diukur melalui aspek pencapaian, pemerhatian semasa aktiviti berlansung di  makmal komputer.

                    i.            Penilaian Pencapaian Pelajar
Keseluruhannya, kecekapan pelajar dapat dipertingkatkan dengan cepat dengan 7 orang pelajar dapat menaip lebih cepat denga menggunakan kaedah short cuts keys. Manakala 2 orang pelajar lagi menunjukkan peningkatan yang perlahan dan dijangkakan akibat daripada sebab lain dan boleh ditingkatkan sekiranya masa latihan ditingkatkan
                  ii.            Pemerhatian Terhadap Pelajar
Berdasarkan pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar sangat berhati-hati semasa menaip. Pelajar meletakkan buku yang tertulis short cuts keys di hadapan komputer sebagai panduan. Pelajar menunjukkan perubahan yang memberangsangkan dan berjaya menyiapkan latihan menaip seperti yang dijangkakan walaupun tanpa menggunakan mouse.

6.0       Rumusan
Keseluruhannya, kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan kelajuan menaip dikalangan para pelajar melalui kaedah  short cuts keys. Tempoh masa perlaksanaan kaedah ini juga tidak memerlukan masa yang panjang untuk melihat keberkesannya di kalangan para pelajar.

7.0     CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kaedah ini harus dijalankan kepada para pelajar yang Tingkatan Satu dan Peralihan sebagai permulaan pembelajaran dan pengajaran Literasi Komputer. Kaedah ini juga sangat berguna terutamanya para pelajar yang menggunakan komputer riba. Pendedahan lebih banyak kemahiran short cuts keys kepada para pelajar perlu dilanjutkan supaya para pelajar mahir dalam menaip.

8.0       BIBLIOGRAFI

Birkbeck College ITS. Using Shortkcuts Keys With Word. Doc 5.137 Ver 2. November 2007

  
LAMPIRAN A: LATIHAN 1
Introduction to computers
In this article
Are you new to computers? Do you wonder what they do and why you would want to use one?
What are computers?
Computers are machines that perform tasks or calculations according to a set of instructions, or programs. The first fully electronic computers, introduced in the 1940s, were huge machines that required teams of people to operate. Compared to those early machines, today's computers are amazing. Not only are they thousands of times faster, they can fit on your desk, on your lap, or even in your pocket.
Computers work through an interaction of hardware and software. Hardware refers to the parts of a computer that you can see and touch, including the case and everything inside it. The most important piece of hardware is a tiny rectangular chip inside your computer called the central processing unit (CPU), or microprocessor. It's the "brain" of your computer—the part that translates instructions and performs calculations. Hardware items such as your monitor, keyboard, mouse, printer, and other components are often called hardware devices, or devices.
Software refers to the instructions, or programs, that tell the hardware what to do. A word-processing program that you can use to write letters on your computer is a type of software. The operating system (OS) is software that manages your computer and the devices connected to it. Windows is a well-known operating system.

ENIAC


Introduced in 1946, ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Computer) was the first general-purpose electronic computer. It was built for the United States military to calculate the paths of artillery shells. Physically, ENIAC was enormous, weighing more than 27,000 kilograms (60,000 pounds) and filling a large room. To process data, ENIAC used about 18,000 vacuum tubes, each the size of a small light bulb. The tubes burned out easily and had to be constantly replaced.




Types of computers
Computers range in size and capability. At one end of the scale are supercomputers, very large computers with thousands of linked microprocessors that perform extremely complex calculations. At the other end are tiny computers embedded in cars, TVs, stereo systems, calculators, and appliances. These computers are built to perform a limited number of tasks.
The personal computer, or PC, is designed to be used by one person at a time. This section describes the various kinds of personal computers: desktops, laptops, handheld computers, and Tablet PCs.
Desktop computers
Desktop computers are designed for use at a desk or table. They are typically larger and more powerful than other types of personal computers. Desktop computers are made up of separate components. The main component, called the system unit, is usually a rectangular case that sits on or underneath a desk. Other components, such as the monitor, mouse, and keyboard, connect to the system unit.


LAMPIRAN A: LATIHAN 2
Parts of a computer
If you use a desktop computer, you might already know that there isn't any single part called the "computer." A computer is really a system of many parts working together. The physical parts, which you can see and touch, are collectively called hardware. (Software, on the other hand, refers to the instructions, or programs, that tell the hardware what to do.)

System unit

The system unit is the core of a computer system. Usually it's a rectangular box placed on or underneath your desk. Inside this box are many electronic components that process information. The most important of these components is the central processing unit (CPU), or microprocessor, which acts as the "brain" of your computer. Another component is random access memory (RAM), which temporarily stores information that the CPU uses while the computer is on. The information stored in RAM is erased when the computer is turned off.
Almost every other part of your computer connects to the system unit using cables. The cables plug into specific ports (openings), typically on the back of the system unit. Hardware that is not part of the system unit is sometimes called a peripheral device or device.

Storage

Your computer has one or more disk drives—devices that store information on a metal or plastic disk. The disk preserves the information even when your computer is turned off.

Hard disk drive

Your computer's hard disk drive stores information on a hard disk—a rigid platter or stack of platters with a magnetic surface. Because hard disks can hold massive amounts of information, they usually serve as your computer's primary means of storage, holding almost all of your programs and files. The hard disk drive is normally located inside the system unit.

CD and DVD drives

Nearly all computers today come equipped with a CD or DVD drive, usually located on the front of the system unit. CD drives use lasers to read (retrieve) data from a CD; many CD drives can also write (record) data onto CDs. If you have a recordable disk drive, you can store copies of your files on blank CDs. You can also use a CD drive to play music CDs on your computer.

Mouse

A mouse is a small device used to point to and select items on your computer screen. Although mice come in many shapes, the typical mouse does look a bit like an actual mouse. It's small, oblong, and connected to the system unit by a long wire that resembles a tail.

Keyboard

A keyboard is used mainly for typing text into your computer. Like the keyboard on a typewriter, it has keys for letters and numbers, but it also has special keys:
The function keys, found on the top row, perform different functions depending on where they are used.
The numeric keypad, located on the right side of most keyboards, allows you to enter numbers quickly.
The navigation keys, such as the arrow keys, allow you to move your position within a document or webpage.

Monitor

A monitor displays information in visual form, using text and graphics. The portion of the monitor that displays the information is called the screen. Like a television screen, a computer screen can show still or moving pictures.
There are two basic types of monitors: CRT (cathode ray tube) monitors and the newer LCD (liquid crystal display) monitors. Both types produce sharp images, but LCD monitors have the advantage of being much thinner and lighter.

Printer

A printer transfers data from a computer onto paper. You don't need a printer to use your computer, but having one allows you to print e‑mail, cards, invitations, announcements, and other material. Many people also like being able to print their own photos at home.
The two main types of printers are inkjet printers and laser printers. Inkjet printers are the most popular printers for the home. They can print in black and white or in full color and can produce high-quality photographs when used with special paper. Laser printers are faster and generally better able to handle heavy use.

Speakers

Speakers are used to play sound. They can be built into the system unit or connected with cables. Speakers allow you to listen to music and hear sound effects from your computer.

Modem

To connect your computer to the Internet, you need a modem. A modem is a device that sends and receives computer information over a telephone line or high-speed cable. Modems are sometimes built into the system unit, but higher-speed modems are usually separate components.






  








No comments: