LAPORAN
KAJIAN TINDAKAN
DISEDIAKAN OLEH:
Mohd Zaki Bin Said (L20092003758)
Noor Shamila Binti
Khadir (L20092003785)
KPR5063
(DPLI)
PM DATO’ DR. ABDUL RAHMAN BIN DAUD
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(UPSI)
2009/2010
PENGHARGAAN
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan Taufik dan
InayahNya, dapat menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu,
sekalung penghargaan ditujukan buat Pengetua sekolah, iaitu Tuan Haji Ibrahim
bin Ismail yang telah banyak memberi sokongan dalam menyiapkan laporan bagi
pelajar Tingkatan 1 Cergas dalam memberi kefahaman tentang istilah-istilah dalam
subjek geografi fizikal.
Ribuan terima kasih juga kepada Puan Salbiah binti
Hassan selaku ketua panitia mata pelajaran Georafi yang memberi tunjuk ajar, panduan
serta maklumat berkaitan dengan para pelajar dan kajian terdahulu. Penghargaan
turut ditujukan kepada barisan guru geografi yang lain seperti Puan Halimah
binti Saad, Puan Normah binti Husen, En. Mohamad Saad bin Saari, dan Cik
Amanina binti Ahmad Sabri yang turut memberi sokongan padu kepada saya dalam
menyediakan laporan ini.
Tidak dilupakan kepada guru-guru lain yang banyak
memberi kata-kata semangat dalam meneruskan penyediaan laporan ini. Selain itu,
penghargaan ditujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang turut
memberi kata-kata semangat. Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan laporan saya kali
ini. Semoga Allah yang dapat membalas segala pengorbanan kalian yang banyak
membantu saya dalam menyediakan laporan kali ini. Akhir kalam, terima kasih
atas segala-galanya.
ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami
istilah-istilah dalam Geografi Fizikal. Kumpulan sasaran saya ialah 35 orang
pelajar tingkatan 1 Pintar. Kajian ini tertumpu kepada Istilah-istilah dalam geografi fizikal yang amat
penting terutama dalam peperiksaan. Jika pelajar tidak memahami dengan betul,
pelajar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan geografi
fizikal sekali gus sukar untuk mendapat markah yang tinggi. Hal ini bertambah
teruk apabila mereka berada di tingkatan 2 dan bakal mengambil PMR di tingkatan
3.Tinjauan awal menunjukkan 80 peratus pelajar ke dua-dua kelas tersebut gagal
menggunkan istilah Geogarfi dengan betul. Terdapat juga 75 peratus mengatakan
tidak faham istilah tersebut semasa temubual rawak dijalankan. Bagi mengatasi
masalah ini, saya telah mengambil beberapa langkah yang telah dilakukan sebelum
ini iaitu Teknik HAFIN 5 yang menggunakan kaedah Mnemonik. Saya turut memperkenalkan kaedah pembelajaran iaitu
JOM JALAN-JALAN, yang dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang istilah-istilah
geografi fizikal. Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman malahan
pelajar tidak jemu dengan proses P&P yang dijalankan bagi mata pelajaran
ini. Keputusan ujian
pra dan ujian akhir menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran geografi
terutama geografi fizikal dengan tiada seorang pelajara yang mendapat gred D
dan E. Manakala pencapaian dalam gred B sangat memberangsangkan dengan peningkatan
sekali ganda berbanding ujian pra. Hal demikian menunjukkan kaedah ini amat
tepat dalam meningkatkan pencapai pelajar dalam matapelajaran Geografi Fizikal.
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka
Surat
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ISI
KANDUNGAN v
1.0 Refleksi P&P Yang Lalu 1
2.0 Isu Keperihatinan 3
3.0 Objektif Kajian 3
4.0 Kumpulan Sasaran 4
5.0 Perlaksanaan Kajian 5
5.1 Tinjauan
Masalah 5
5.2 Analisis
Tinjauan Masalah 5
5.3 Perlaksanaan
Tindakan 8
5.3.1 Teknik
HAFIN5 8
5.3.2 Jom
jalan-jalan di kawasan sekolah 9
5.3.3 Jom
jalan-jalan (kajian lapangan) 10
5.4 Refleksi
Kajian 11
5.4.1 Penilaian
keseluruhan pencapaian murid 11
5.5 Rumusan 12
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 13
BIBLIOGRAFI 13
1.0
REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Ketika saya menyemak ujian kertas Geografi yang lalu,
saya dapati ramai pelajar tingkatan 1 masih tidak faham dengan kebanyakan
istilah dalam subjek Geografi Fizikal. Keadaan ini sama apabila saya membuat
pemerhatian semasa saya mengajar pelajar tingkatan 1 Pintar dan 1 Bijak , SMK
Bintara, saya ada bertanyakan beberapa soalan mengenai istilah-istilah dalam
geografi fizikal dan saya mendapati pelajar tidak dapat menjawabnya dengan
baik. Tahap pencapaian para pelajar semakin lemah apabila tidak dapat kuasai
istilah-istilah ini. Hanya 25% daripada 59 orang pelajar yang faham tentang
istilah-istilah ini dan selebihnya tidak faham dan tidak tahu langsung mengenai
istilah-istilah ini. Pernah saya bertanyakan soalan apa yang membuatkan mereka
tidak faham? Kebanyakan mereka menjawab mereka sukar mengingat istilah-istilah
yang sukar dan jarang didengar oleh para pelajar. Mereka lebih berminat jika
istilah-istilah tersebut diterapkan dalam kehidupan seharian.
Mengapa para pelajar masih tidak faham mengenai
istilah-istilah dalam geografi fizikal? Perlukah saya menyediakan kamus istilah
bagi pelajar yang masih tidak faham dan tidak tahu mengenai istilah-istilah
dalam geografi fizikal? Adakah pengajaran yang saya lakukan selama ini kurang
menekankan istilah-istilah tersebut? Bagaimana saya ingin memahamkan para
pelajar dengan istilah yang sukar untuk difahami? Saya turut mengadakan
perbincangan dengan guru geografi yang lain, namun mereka mengatakan bahawa
para pelajar bukan tidak faham istilah berkenaan, tetapi mereka ingin guru
sendiri yang menerangkan kepada mereka walaupun istilah-istilah berkenaan telah
diterangkan dengan jelas di dalam pembelajaran. Tambahan pula, pelajar
sememangnya kurang mantap berkenaan aspek asas istilah geografi. Pelajar juga
kurang membuat rujukan dan tidak memberi tumpuan yang serius di dalam kelas.
Walau bagaimanapun, saya perlu melakukan sesuatu dalam memahamkan para pelajar
dengan istilah-istilah dalam subjek geografi fizikal ini.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah
saya lakukan termasuklah kaedah pembelajaran yang dinasihatkan oleh ketua
panitia geografi bagi memahamkan para pelajar tentang istilah-istilah
berkenaan. Namun begitu, kaedah itu masih belum berkesan walaupun telah
berkali-kali saya mencubanya. Pada pendapat saya, para pelajar yang tidak faham
dengan istilah ini adalah disebabkan penjelasan yang kurang terperinci
berkenaan istilah-istilah tersebut. Tambahan pula tiada contoh lain yang
pelajar dapat faham berkaitan dengan istilah tersebut. Selain itu, kemungkinan
besar para pelajar kurang diberi penekanan terhadap istilah-istilah geografi
fizikal menyebabkan mereka tidak faham. Kelemahan-kelemahan ini yang
menyebabkan pelajar tidak faham dengan pembelajaran geografi fizikal. Sebagai
langkah untuk mengatasi masalah ini, saya telah merancang beberapa cadangan
tindakan iaitu memperkenalkan teknik HAFIN 5, iaitu mengingat dan menghafal 5
istilah geografi fizikal. Cadangan tindakan yang lain ialah JOM JALAN-JALAN 1
& 2, di mana pelajar dapat mengenalpasti istilah dengan persekitaran.
Dengan kaedah ini, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan
istilah-istilah geografi fizikal. Kaedah ini berkesan bagi para pelajar dengan
peningkatan dalam peperiksaan PMR di sekolah beliau. Saya juga perlu atasi
kelemahan ini dengan kadar segera supaya para pelajar dalam memahami istilah
dalam subjek geografi fizikal sekali gus dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik. Tambahan pula jika saya tidak mengambil
tindakan dengan cepat, kemungkinan besar prestasi pelajar khususnya dalam
memahami istilah dan subjek geografi fizikal secara amnya.
2.0
ISU
KEPERIHATINAN
Kajian yang dijalankan ini lebih tertumpu pada
mengingat dan memahami istilah-istilah dalam Geografi Fizikal. Masalah utama
pelajar berkenaan istilah-istilah dalam geografi fizikal ialah pelajar tidak
memahami istilah berkenaan. Antara penyebab utama pelajar tidak faham ialah
pelajar kurang menggunakan istilah ini di samping ejaannya sukar diingati. Para
pelajar gagal mengingat istilah-istilah seperti “longitud”, “ latitud”, “bearing”, “kontur”, “Lagun”,
“Teluk” dan sebagainya.
Kajian ini sangat penting bagi pelajar tingkatan
satu dalam memahami istilah berkenaan dengan menggunakan kaedah HAFIN 5 dan
pembelajaran di luar kelas supaya pelajar lebih faham. Dengan kaedah ini,
pelajar bukan sahaja lebih faham dan ingat istilah tersebut, malahan pelajar tidak
akan bosan dengan kaedah seperti ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif
Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman
pelajar dalam matapelajaran Geografi dalam memahami istilah-istilah yang
terdapat dalam Geografi fizikal bagi tingkatan 1 Pintar dan 1 Bijak.
3.2 Objektif
Khusus
·
Meningkatkan bilangan istilah-istilah yang
diketahui dan difahami pelajar seterusnya dapat disimpan dalam memori dengan
lebih lama.
·
Meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Geografi.
·
Meningkatkan
peratusan kelulusan pelajar dalam matapelajaran Geografi.
·
Meningkatkan
minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Geografi.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 59 orang pelajar di kelas Tingkatan
1 Pintar dan 1 Bijak yang mempunyai pencapaian sederhana dalam pembelajarannya.
Pelajar yang telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam memahami
istilah-istilah yang digunakan dalam mata pelajaran Geografi Fizikal seperti
“longitud”, “ latitud”, “bearing”, “kontur”, “Lagun”, “Teluk” dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan pelajar tidak berminat terhadap mata pelajaran Geografi
sekaligus telah menyebabkan peratusan kelulusan dalam mata pelajaran ini
merosot.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1
Tinjauan Masalah
Jadual
1: Kaedah Mengutip Data
Langkah dan Tarikh
|
Cara Penilaian
|
Kumpulan Sasaran
|
Tujuan
|
Langkah 1
11.5.2009
|
Memeriksa Buku Tulis
|
59 orang pelajar
|
Mengenalpasti apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh pelajar.
|
Langkah 2
15.5.209
|
Ujian Pra
|
59 orang pelajar
|
Saya menjalankan ujian pra iaitu berkenaan perkataan yang mudah
berkaitan dengan istilah-istilah geografi fizikal.
|
Langkah 3
18.5.2009
|
Temubual
|
1. 59 orang pelajar
2. Pemerhatian penyelidik
|
Temubual dijalankan secara rawak seramai 15 orang pelajar bagi
mengenapasti masalah yang dihadapi.
|
5.2
Analisis Tinjauan Masalah
Jadual
2: Analisis Tinjauan Masalah
Langkah dan Tarikh
|
Cara Penilaian
|
Kumpulan Sasaran
|
Masalah Yang
Dikenalpasti
|
Langkah 1
11.5.2009
|
Memeriksa Buku Tulis
|
59 orang pelajar
|
80 peratus pelajar melakukan banyak kesalahan
dalam penggunaan istilah.
Soalan objektif tidak dapat dijawab dengan
tepat.
|
Langkah 2
15.5.209
|
Ujian Pra
|
59 orang pelajar
|
Pencapai mereka sangat lemah seperti graf
analisis pada Rajah 1.0
|
Langkah 3
18.5.2009
|
Temubual
|
3. 15orang pelajar terpilih
4. Pemerhatian penyelidik
|
a)
Setelah temubual dijalankan, saya mendapati
seramai 5 orang daripada 15 pelajar yang berminat dengan mata pelajaran
Geografi manakala selebihnya tidak berminat dan bosan dengan mata pelajaran
ini.
b)
Kurang membuat latih tubi berkenaan istilah
geografi fizikal di sekolah ataupun di rumah.
c) Tidak pernah digunakan di rumah dan istilah yang digunakan di
rumah tidak sama yang digunakan di dalam pengajaran.
|
Langka 5
21.5.2009
|
Pemerhatian
|
Penyelidik
|
Pemerhatian dilakukan sendiri oleh penyelidik
untuk mengenalpasti masalah, iaitu dari segi:
a)
Sikap pelajar – tidak mengendahkan pengajaran guru
terutama dalam mata pelajaran geografi.
b)
Penglibatan pelajar – sebelum kajian dijalankan
pelajar lebih bersifat pasif dan diam apabila bertanyakan soalan.
|
Analisis ujian pra dan ujian pencapaian
Ujian
dilakukan kepada responden yang dipilih iaitu pelajar tingkatan satu bagi
mengenalpasti peratusan ketidak fahaman pelajar tentang penggunaan
istilah-istilah dalam geografi dan membuat perbandingan sebelum dan selepas
perlaksanaan program.
Segala kaedah
yang telah dijalankan dikenalpasti keberkesanannya melalui ujian pra dan ujian
akhir tahun. Peningkatan yang ketara dalam peperiksaan akhir berbanding dengan ujian
pra. Gred A daripada 3 orang menjadi 4 orang. Gred B daripada 20 orang
meningkat sekali ganda menjadi 50 orang dan gred C daripada 21 orang telah
berkurangan menjadi 5 orang sahaja. Sementara itu, tiada pelajar yang mendapat
gred D dan E dalam peperiksaan pertengahan tahun dalam kedua-dua kelas
tersebut. Kesimpulannya, mereka lulus 100% dalam peperiksaan tersebut. Saya
bangga dengan pencapaian pelajar saya.
Ujian Pra Peperiksaan Akhir
Rajah
1.0: Analisis Pencapaian Responden Dalam Ujian Pra dan Peperiksaan Akhir
5.3 PERLAKSANAAN TINDAKAN
Tindakan di
jalankan mengikut jadual yang di tetapkan bagi menilai keberkesanan kaedah-kaedah
yang di cadangkan seperti berikut:-
5.3.1 Teknik HAFIN5
Teknik HAFIN5, iaitu hafalan dan ingat kembali
istilah, fakta-fakta penting dan konsep geografi berdasarkan teori Mnemonik
atau Neumonik. Dalam kaedah ini dihadkan untuk 5 istilah atau 5 fakta
penting sahaja. Kaedah ini berasaskan untuk memahirkan
pelajar dengan istilah dan menggunakan laras bahasa Geografi yang betul.
Teknik ini dilaksanakan
sepanjang masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini mengambil masa lima
minit setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang p&p berlangsung
soalan akan dikemukakan kepada pelajar secara rawak dengan menggunakan teknik
latih tubi Mnemonik yang dinamakan HAFIN5. Kemudian Menyusun semula apa
yang dipelajari dalam bentuk yang mudah ingat dengan menggunakan kreativiti
sendiri dan daya imiginasi untuk dikaitkan dengan fakta-fakta yang ingin
diingati.
Pelaksanaan
teknik HAFIN 5:
a. UTARA TIMUR
SELATAN BARAT menjadi ULAM TIMUN SAMBAL BELACAN.
b. UTARA MAGNET
JARUM KOMPAS menjadi UNTUK MAMI JARUM KOMTAR.
- Pemerhatian
Pada waktu sesi
kelas berlangsung, murid-murid pada mulanya kelihatan terdiam melihat saya
menerangkan cara menjalankan kaedah kaedah HAFIN5 ini. Semasa saya memberi
contoh Ulam Timun Sambal Belacan untuk mengingati arah Utara Selatan Timur
Barat, mereka ketawa beramai-ramai. Saya meminta pelajar untuk menggunakan
kaedah ini pada istilah lain dan meminta mereka menggunakan cara sendiri untuk
membentuk ayat supaya mudah ingat.
Pelbagai bentuk
ayat telah di reka oleh pelajar. Tetapi untuk pelajar yang tidak dapat membuat
ayat mudah tersebut, saya meminta pelajar tersebut meniru pelajar lain dan
menghafalnya. Saya, bertanya pelajar tentang istilah-istilah yang telah di
hafal pelajar setiap kali waktu kelas berlangsung. Saya mendapati 70 peratus
pelajar dapat menjawab soalan-solan yang saya kemukakan.
- Refleksi
Sepanjang sesi
HAFIN5 berlangsung, para pelajar begitu teruja dan tertunggu-tunggu sesi
tersebut setiap kali waktu kelas. Tetapi sepajang sesi berlangung terdapat juga
pelajar yang mempunyai tahap ingatan yang lemah dah harus di bantu dan
diberikan masa untuk memahirkan diri dengan kaedah tersebut. Saya memberi
tumpun lebih kepada pelajar tersebut dengan menguji tahap kefahaman mereka
dengan bertanyakan soalan tentang istilah-istilah yeng mereka telah hafal.
5.3.2 Jom jalan-jalan di kawasan sekolah
Keadaan
persekitaran di sekolah dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Hal demikian
kerana pelajaran Geografi bekait rapat dengan persekitaran. Dalam kaedah
jalan-jalan dikawasan sekolah ini peruntukkan masa waktu belajar harian akan
digunakan sebagai suatu medium untuk menarik minat pelajar menghubungkaitkan
konsep geografi dengan persekitaran. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
seperti melukis peta kawasan sekolah, mengenal pasti jenis-jenis batu-batan
yang wujud di sekolah, jenis tanah-tanih, penggunaan kompas dan sebagianya.
Dalam kaedah
ini 15 minit akan digunakan untuk mendapatkan data tentang ciri-ciri fizikal
dan ciri-ciri budaya yang ada di kawasan. Selain itu, 15 minit pelajar ke pusat
sumber sekolah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang
diberikan. Selepas kajian dijalankan, 15 minit para pelajar diberikan masa
untuk menulis laporan dan 15 minit terakhir untuk membuat persembahan kumpulan
mereka dalam kelas.
- Pemerhatian
Pada mulanya, pelajar
kelihatan beria-ria untuk membuat kajian lapangan bersama-sama kawan kumpulan
mereka. Walaubagimanapun, mereka kelihatan kerab bertanya apabila mereka tidak
ingat istilah-istilah yang sepatutnya digunakan dalam mebuat tugasan. Mereka
betanya saya ”Cikgu? Apa maksud perkatan
ini? Bagaimana nak guna” Terlalu banyak soalan yang di tanya pelajar
menunjukkan mereka tidak dapat menggunakan apa yang mereka belajar dalam kelas
utuk digunkan dalam aktiviti ini. Saya memeinta mereka merujuk buku teks dan
berbincang dengan ahli kumpulan mereka.
Semasa sesi
pembentangan, saya agak terkejut 60% daripada persembahan hasil kerja mereka
menggunakan istilah yang betul penggunaanya. Selepas beberapa kali di jalankan aktiviti
ini, saya dapati mereka gabungan teknik HAFIN5 juga digunakan semasa menyiapkan
tugasan ini. Selain itu, semasa sesi pembentangan saya meminta pelajar yang
lemah menerangkan tentang hasil kerja mereka. Hasilnya, mereka dapat menerangkan
dengan tepat selain di bantu oleh pelajar-pelajar lain dalam kumpulan
masing-masing.
Saya memberikan
hadiah kepada pemenang terbaik. Mereka sangat seronok dan bertanyakan saya ”Bila lagi cikgu nak buat aktiviti ni lagi”.
Hasil kerja mereka saya pamerkan di belakang kelas bagi menghargai hasil kerja
mereka. Hal demikian kerana secara tidak lansung mereka dapat melihat semula
hasil kerja tersebut dan hasil kerja kawan-kawan yang lain dan belajar dari
kesilapan mereka yang lepas.
- Refleksi
Selepas
aktiviti ini tamat, saya melihat para pelajar sangat gembira degan hasil kerja
mereka. Saya terfikir, meta pelajar Geografi ini lebih sesuai di jalankan
aktiviti luar kelas bukan hanya mengajar di dalam bilik darjah dan menggunakan
buku teks semata-mata. Saya, akan
meneruskan keadah ini lagi pada masa akan datang.
5.3.3 Jom jalan-jalan (kajian lapangan di luar
waktu persekolahan)
Kajian lapangan
di luar waktu persekolahan adalah aktiviti yang menarik sekiranya perancangan
teliti di sediakan terutamanya tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berkait
rapat dengan istilah geografi seperti teluk, banjaran, pergunungan, beting,
jenis-jenis batu-batan, bayu laut, bayu darat dan sebagainya.
Pada hujung
minggu atau pun cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk dijalankan kajian luar
sambil melawat tempat-tenpat yang mempunyai kaitan dengan situasi pembelajaran.
Kajian ini akan dijalankan bersama-sama ahli kumpulan yang telah ditentapkan.
Selepas kajian
lapangan tersebut selesai, para pelajar diminta untuk menyediakan laporan dan pembentangan
akan diminta untuk dipersembahkan sewaktu berada di lapangan dan di bilik
darjah dalam bentuk pembentangan kumpulan, forum, bahas ala parlimen, ceramah,
sesi dialog dan sebagainya.
- Pemerhatian
Semasa kajian
lapangan dijalanka di sebuah kawasan pantai, saya dapati pelajar dapat mengkaji
bentuk muka bumi dengan baik. Tambahan pula kajian ini dijalankan pada hujung
tahun. Jadi, banyak perkara telah dipelajar di dalam bilik darjah dan aktiviti
luar bilik darjah. Keseluruhannya 80 pertaus pelajar dapat menjalankan tugasan
ini dengan baik dan penggunaan istilah yang betul.
- Refleksi
Saya melihat
para pelajar begitu seronok walaupun aktiviti lawatan mereka itu diisi dengan
pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran. Kebanyakan para pelajar
menunjukkan tindakbalas yang baik melalui jawapan yang di kemukan semasa sesi
soal jawab pembentangan.
5.4 Refleksi
Kajian
Keseluruhan
kaedah kajian yang telah dilaksanakan di buat rumusan berdasarkan
keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang istilah-istilah
dalam Geografi Fizikal.
5.4.1 Penilaian Keseluruhan Pencapaian Murid
Penilaian
terhadap pencapai murid diukur melalui aspek prestasi, pemerhatian di dalam
bilik darjah dan semasa P&P berlansung.
i.
Penilaian Prestasi Pelajar
Keseluruhannya,
pelajar mendapat input baru melalui pendekatan baru ini dan didapati mereka
berasa sangat seronok belajar geografi di kawasan kajian berbanding kaedah konvensional
yang belajar hanya dalam bilik darjah sahaja. Para pelajar ddiadapati dapat
menggunakan istilah yang betul peggunanya semasa aktiviti dijalankan di luar
bilik darjah
ii.
Pemerhatian Terhadap Pelajar
Berdasarkan
pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar menjadi lebih teliti
dalam menggunakan istilah yang sesuai. Para pelajar lebih yakin dan
berlumba-lumba bersaing sesama mereka untuk menbentangkan hasil kerja mereka
terbaik. Pelajar telah berani menyoal dan mengemukakan soalan atau kemusykilan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas mahupun di kawasan kajian.
iii.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Program
dapat dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti dan teknik yang menyeronokkan dan
mencambah minda pelajar hasil intergrasi kaedah JOM JALAN-JALAN dan teknik HAFIN 5. Pelajar kelihatan seronok
belajar secara berkumpulan sekali gus dapat membina semangat bekerjasama, setia
kawan, hormat menghormati dalam kumpulan mereka. Di samping itu juga pelajar
berjaya diterapkan dengan semangat ingin maju, aktif dan berdaya saing dalam
mata pelajaran Geografi.
5.5
Rumusan
Kaedah
ini pada mulanya bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang istilah-istilah
dalam Geografi fizikal. Walaubagaimanapun, melalui perlaksanaan kaedah ini
persepsi pelajar tentang subjek Geografi ini sudah berubah. Mata pelajaran
geografi yang dianggap susah dan membosankan oleh kebanyakan pelajar telah dapat
dikikis melalui kaedah yang dipelbagaikan. Justeru, dapatan kajian saya
menunjukkan para pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap geografi dan
menjadikan pelajar maju dan dinamik. Hal demikian terbukti dengan peningkatan
prestasi yang sangat baik dikalangan pelajar pada peperiksaan akhir tahun.
6.0 CADANGAN KAJIAN
SETERUSNYA
Saya akan
meneruskan kaedah teknik HAFIN 5 dan JOM JALAN-JALAN untuk semua tingkatan yang
saya ajar supaya mereka mendapat pendedahan dan pengalaman berada di kawasan
kajian yang sebenar. Saya akan meneruskan kaedah dalam tema-tema lain Geografi
dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran Geografi lebih seronok dan mencabar
minda mereka. Disamping itu, saya juga mencadangkan teknik HAFIN 5 dan kaedah
JOM JALAN-JALAN dijalankan dalam mata pelajaran lain untuk memberi peluang
kepada para pelajar supaya belajar meneroka alam semula jadi dan
menghubungkaitkan dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia serta melihat
sendiri isu-isu berkaitan dengan subjek lain secara realistik.
BIBLIOGRAFI
Nachiapan.S.,
Ramlan.J dan Abdul Aziz, A.S. 2008.
Psikologi Pendidikan. Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriani. B.
2006. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Melakar dan Mentafsir Peta Geografi dalam Kalangan 3 Utarid dan 3 Zuhrah
Melalui kaedah Jom jalan-jalan. SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River.
No comments:
Post a Comment